Pemahaman Tentang Cinta

0

Posted by Nama Saia Ridz.. | Posted in | Posted on 4:04 PM

Dari Kami The Series =)

0

Posted by Nama Saia Ridz.. | Posted in | Posted on 3:58 PM

DIA TIDAK KECIL LAGI (BAB 13)

0

Posted by Nama Saia Ridz.. | Posted in | Posted on 2:11 PM

Perjalanan hampir 6 jam ke utara dan tanpa arah tuju diteruskan oleh Shahir.Cuma sekali mereka berhenti di Tapah,Perak untuk menunaikan kewajipan pada Yang Esa.Mega sudah tidak kelihatan di ruang angkasa,jam di tangannya pula sudah menunjukkan pukul 7 malam.Cepat benar cuaca gelap pada malam itu.Lebuhraya yang panjang dan sunyi itu hanya menyaksikan pelarian mereka yang belum tentu arah destinasinya.

“Abang,apa yang kita buat salah kan?”Adira kelihatan runsing.Masih berbaju kurung yang sama pada majlis pertunangannya.Cuma mekap di wajahnya sudah tiada.Nafas kesal dilepaskan.

“Ya,”Jawab Shahir pendek.Wajahnya kelihatan lebih tenang berbanding saat dia menarik tangan Adira di tengah medan pertunangan tadi.

Tidak terfikir dek akal warasnya untuk melakukan perkara segila ini.Benarkah cinta itu buta?Atau manusia yang buta apabila terkena panahan cinta?Yang pasti dia tak dapat bayangkan bagaimana jadinya jika melepaskan Adira kepada Daus.Ya,daddy,mummy mahupun arwah mama tidak pernah mengajarnya untuk bersikap kurang manis dan membelakangkan keluarga.Malang baginya situasi dirinya dan Adira terlalu sulit untuk dia kekal dalam keadaan logika.

“Abang akan fikirkan apa yang patut kita lakukan bila kita dah sampai di tempat yang lebih selesa nanti,”Kereta Peugot itu memasuki hentian Sungai Muda.Tidak banyak kereta yang diparkir di situ,adalah dalam tiga buah kereta.Kawasannya pula gelap dan sunyi.Cuma ada tandas dan pondok berehat.

“Dira tak sempat nak ucap terima kasih,”

“Terima kasih?Sebab?”

“Tak tahulah..rasa pelik pun ada..tapi,rasa dihargai pun ada,”

“Iye?Abang harap daddy tak letak muka kita di hadapan suratkhabar esok pagi,”Shahir mengeluh perlahan.Jari jemarinya memicit dahinya sendiri.(Nak sangat bawa lari anak dara orang..ambik!).

“Apapun abang tetap hero di hati Dira,Spiderrman,”

“Hero?Spiderman?”Tiba-tiba terkeluar ketawa kecil dari mulut Shahir.(Dira..Dira..di sebalik rasa cinta yang mendalam itu masih ada keletah anak kecil!)

“Spiderman sebab Spiderman rendah diri dan terlalu cinta akan Mary Jane walaupun dia jarang mengaku dan meluang masa untuk Mary Jane”

“Jadi abang ni macam Spiderman lah ye?”

“Spiderman yang sanggup buat apa saja untuk Dira,”

“Dira,”Shahir bersuara lembut.Dipandangnya gadis di sebelahnya dengan perasaan yang jujur dan penuh dengan rasa sayang.

“Ye?”

“Abang sayang Dira,tulus daripada hati abang.Abang minta maaf untuk apa yang berlaku pada hari ini.Abang janji tak akan melukai hati Dira lagi,”

“Abang dah berjanji banyak kali dengan Dira dari tadi.Dira percaya abang,”

“Dengan ini,abang,”Shahir mengangkat tangan kanannya seperti istiadat mengangkat sumpah.“Akan menjadi Spiderman di hati Dira yang akan menjaga Dira seperti Spiderman menjaga Mary Jane.Betul,tak bohong,”

“Okay..okay..Dira pun sayang abang,”Jawab Adira sambil tersenyum malu.Mukanya kemerah-merahan ketika mengungkap ungkapan ‘sayang’.Masih menebal perasaan segannya.

“Kita asyik sayang menyayang macam lagu cerita Azura ni,bila nak keluar dari kereta ni?”

“Keluarlah,siapa yang larang?”Adira menjelir lidahnya.Nakal.

Shahir ketawa kecil sambil keluar dari kereta.Dia hampir melanggar seorang lelaki ketika membuka pintu kereta.

“Maaf encik,saya tak sengaja,”

Lelaki yang memakai jaket biru itu tersenyum sinis memandangnya.Dilihatnya Shahir dari atas ke bawah.Pandangan yang jelek.

“Kau kenapa bro,mata letak mana?”

“Sorry bang,saya dah minta maaf tadi kan?”

Lelaki tadi mengerling ke dalam kereta.Matanya memandang nakal ke arah Adira yang tercengang-cengang di dalam kereta.

“Abang tengok apa?”

“Aik,marah?Aku pun tak sengaja tengok girlfriend kau,ada masalah?”Lelaki tadi menolak Shahir sehingga terjatuh ke bawah.

Adira yang pada mulanya sekadar memerhati sudah keluar dari kereta dan menghampiri Shahir.Shahir bangun sambil menepuk-nepuk seluarnya yang melekat dengan kotoran tanah.

“Dira,masuk dalam,”Bisik Shahir perlahan.Belum sempat Adira bergerak seorang lelaki lain muncul di belakangnya.

“Nak ke mana cik adik?Lepak dengan kitaorang sudahlah,”Lelaki yang baru muncul dan berambut panjang paras bahu mencuit pipi Adira.Shahir pantas menarik Adira ke belakangnya.

“Relaks bro..kita boleh kawtim,nak apa?”Shahir bersuara lembut,masih cuba untuk berbincang.Adira hampir menangis di belakangnya.Menahan air mata yang bergenang di kelopak matanya.(Apahal pulak ni?)

“Eddy,dia tanya kita nak apa?”Lelaki yang dilanggar Shahir tadi bersuara.Lelaki yang bernama Eddy itu ketawa kecil sambil menghampiri Shahir dan Adira.

“Joe,kau nak apa?”

“Kereta Peugot,hebat ni.Aku nak kereta kau boleh brader?”Lelaki yang bernama Joe tadi menepuk-nepuk kereta Shahir sambil menepuk-nepuk kereta berwarna perak itu.

“Kau nak kereta?Aku tak nak kereta,”Eddy menggelengkan kepalanya.

“Kau tak nak kereta?Kau nak apa Joe?Aku excited ni!”Joe melompat-lompat seolah mempermainkan pasangan kekasih di hadapan mereka.Adira yang bersembunyi di belakang Shahir memegang erat lengan abang tirinya.Shahir cuma memerhati gelagat dua lelaki banjingan di hadapannya.Bersedia menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal berlaku.

“Aku?Aku?Kau tanya aku Joe?”

“Ye la bengong takkan aku tanya mamat suci ni pulak,”

“Aku?”Eddy menghampiri Shahir sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.Dipandangnya Adira dengan pandangan yang kotor.“Gua tak tahanlah tengok awek lu yang halus mulus ni.Kita kongsi boleh tak,bro?”

“Kurang ajar!”

Shahir menendang kakinya tepat di celah kelangkang Eddy.Eddy terus rebah dengan wajah yang terkemut-kemut seperti tidak cukup oksigen.Riak peritnya menunjuk azab yang amat sangat.Joe yang melihat keadaan sahabatnya terus memukul Shahir dari arah belakang.Hampir terjatuh Shahir dibuatnya.

Berpinar juga kepalanya dipukul curi.Geram yang amat Shahir melepaskan tumbukan sulung ke mata lelaki itu.Melekat buku limanya di mata hitam samseng jalanan itu.

“Dira cepat masuk,”Shahir menarik tangan Adira dan cepat-cepat menolak gadis itu masuk ke dalam kereta.Belum sempat dia menutup pintu ,Shahir berasa panik apabila terasa pedih dan ngilu di tepi pinggang kanannya.Dia bertambah kaget melihat sebilah pisau tertusuk di pinggang kanannya.Darah mula mengalir membasahi kemeja kotak berwarna biru yang dipakainya.Dia menoleh ke belakang dan dilihatnya lelaki yang bernama Eddy memandangnya dengan wayah yang pucat.

“Hoi!”Satu sergahan suara sayup-sayup kedengaran oleh Shahir.Samseng taik kucing dua orang tadi telah menghilangkan diri entah ke mana apabila mendengar sergahan itu.Shahir mula berasa pusing.Dia terus rebah dengan nafasnya yang mula lemah.Dalam samar-samar dia dapat melihat wajah Adira yang cemas dengan air mata yang tiada putusnya.Dia juga melihat wajah lelaki yang agak berusia di sebelah Adira dan cuba membantunya.

Darah semakin membuak.Wajahnya mula pucat dan lesi.Suara Adira semakin sayup kedengaran.Nafasnya naik dan turun.Lemah

******

Suasana di banglo mewah Datuk Maulana disirami cahaya lampu yang samar.Jam di dinding berbunyi 8 kali menandakan sudah pukul 8 malam.

“Sampai bila-bila saya akan tunggu Adira!”

Kata-kata tegas Daus memenuhi ruang tamu rumah Datuk Maulana.Daus tidak peduli jika keputusannya tidak dipersetujui ayahnya.Selepas kejadian yang mengaibkan petang tadi,angkara ego yang tinggi,ayahnya terus membawa diri dan memaksa rombongan meminang pulang tanpa mengambil kira kemaafan yang dipohon Datuk Maulana dan Datin Ainul.

“Saya tak peduli dengan ayah,uncle.Kalau Shahir boleh buat gila larikan Adira di hadapan orang ramai,saya pun boleh buat gila cari Adira sampai hujung dunia,”Daus bersuara lagi.Datuk Maulana berdiri kaku memandang ke luar tingkap.Datin Ainul cuba ditenangkan Farina.Tak putus-putus tangisannya sejak tadi.Terluka hati seorang ibu diperlakukan demikian oleh anak-anaknya.Kalaulah dia tahu Shahir dan Adira menyulam rasa cinta sudah pasti dia mempersetujui ikatan mereka berdua.Kenapa kedua-duanya tidak memberitahunya apa yang mereka pendam.Atau mungkin salahnya kerana tidak mampu menduga kemurungan Adira berpunca daripada Shahir?

“Daus,cuba you bawa bertenang dulu,”Ema yang setia bersamanya sejak petang tadi akhirnya bersuara.Drama betul apa yang berlaku pada hari ini.Memang tak terjangka dek akal.

Kasihan pula rasanya melihat apa yang berlaku kepada Daus.Itu baru majlis pertunangan,kalau majlis perkahwinan?Alamatnya ada pula yang lawan tembak-menembak nanti.Ema menggelengkan kepalanya.(Macam-macam hal!)

“Bagi I..I..I biarkan mereka dengan kebahagiaan mereka sendiri,”Farina memberanikan dirinya menyatakan keputusannya.Daus sekadar menjeling ke arah wanita itu.

“Jodoh dan pertemuan dah ditentukan Tuhan.Tiada siapa yang boleh halang kalau dah itu ketentuannya.I bukannya baik hati.Tapi I rasa sebesar mana pun cinta I pada dia,tak ada gunanya kalau dia tak cinta I balik.Mungkin salah I jugak,I dah tahu ayang sukakan Shahir..tapi I teruskan juga niat untuk bertunang dengan Shahir,”

“Farina,I pun tahu,”Daus membulatkan matanya.“I tahu apa yang ada di antara mereka.I rasa apa yang Dira rasa semasa Shahir tidak pedulikannya.I ada di sisi Dira semasa Shahir menolak perasaan dia.I nak bahagiakan Dira dan tiba-tiba..kawan baik I dan bakal tunang you tu datang buat huru-hara.Gila..”

Datin Ainul memicit-micit kepalanya.(Ya Allah..apa bala yang menimpa keluarga bahagia kami hari ini?).

Satu demi satu penjelasan Daus dan Farina bukannya menyenangkan hatinya.Menambahkan beban lagi ada.Bertuahnya budak dua orang ni,dah tahu hal yang sebenar bukannya nak diberitahu.Masing-masing cuba menyembunyikan antara satu sama lain dan akhirnya seperti bom jangka,apa yang berlaku hari ini bagaikan letupan yang tak terduga.

Paling kasihan tentulah suaminya.Datuk Maulana seorang politikus yang dihormati dan disegani.Entah apa tanggapan masyarakat kelak.Barangkali mereka dianggap tidak pandai menjaga akhlak anak-anak.Pilu hatinya melihat permohonan maaf suaminya tidak dipedulikan Tan Sri Ali.Itu belum termasuk suaminya terpaksa memohon jasa baik pihak akhbar hari ini untuk tidak melaporkan berita ini di dalam akhbar.Lelaki yang cekal itu terpaksa pula berhadapan dengan orang kampung.Bukan semuanya yang simpati,yang mencemuh pun ada.

“Hati uncle dah retak,”Datuk Maulana berbicara sambil masih memandang ke luar tingkap.“Uncle tak salahkan Dira,dia masih tak matang.Uncle cuma kesal akan Shahir.Uncle tak akan maafkan Shahir.Uncle tak akan benarkan dia memijak rumah ini lagi.Dia bukan anak uncle lagi.Apa yang jadi padanya nanti.Biarlah..”

Suara lelaki itu kelihatan tenang.Tetapi peperangan di dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu.Ada nada kecewa di sebalik suara tenang lelaki itu.Daus,Farina dan Ema cuma tertunduk bisu.Datin Ainul yang kehilangan kata-katanya cuma mampu mengesat air matanya.

*****

Matanya dibuka perlahan-lahan.Cahaya lampu kalimantang menyilau pandangan matanya.Pedih.Shahir cuba bergerak tetapi masih terasa ngilu di bahagian pinggangnya.Bau ubat yang menusuk-nusuk hidungnya begitu kuat.Cuba diluaskan matanya.(Rumah mayat?Takkanlah..hospital nih..).

Tangan kanannya cuba digerakkan.Berat.Gelabah juga Shahir,takkanlah kena tikam di pinggang,doktor boleh salah pertimbangan potong tangannya pula?Dialih pandangannya ke kanan.Senyuman manis terukir di bibirnya tatkala melihat Adira sedang tidur di atas tangan kanannya.Bajunya masih belum bertukar sejak petang tadi.Kasihan pula Shahir melihatnya.Tampak sangat gadis itu keletihan.

Hidungnya yang kemerah-merahan pastinya kerana tangisan yang tiada hentinya.Bukannya Shahir tak tahu,Adira kalau sudah menangis,susah benar air mata itu hendak berhenti.

Shahir menggunakan jari telunjuknya untuk mencuit hidung Adira.Tiada tindak balas.Dicuitnya sekali lagi.Dua kali berturut-turut.Adira menggosok-gosok hidungnya dan bangun terpinga-pinga.Shahir segera memejamkan matanya.

Adira memandang kanan dan kiri.Di hadapannya Shahir masih tidak sedarkan diri.(Siapa pula yang main hidung aku ni?Erk..takkanlah hospital ni berhantu?).

Shahir membuka matanya sebelah.Lucu pula dia melihat aksi gelabah Adira.Gadis itu memusing ke belakang mencari-cari siapa yang mengganggu tidurnya.Tangan Shahir pantas menarik rambut Adira dan cepat-cepat berpura-pura pengsan semula.

Adira memegang rambutnya.Ada riak ketakutan di wajahnya.(Hah,sudah!Dah main tarik-tarik rambut pula!).Cuak dia seketika.(Jangan-jangan ada sesuatu kat bawah katil?).

Dia memberanikan diri menjenguk ke bawah.Tangannya dipegang di hujung katil.Perlahan-lahan dia tunduk ke bawah.(Ya Allah,janganlah muncul pocong ke pontianak..mahu aku pengsan sekali dengan abang..).

Shahir tersenyum sambil membangunkan dirinya.Pinggangnya masih terasa sakit tetapi kenakalan buat masa ini memang tak dapat dibendung.Tangannya lantas memegang tangan Adira yang memegang hujung katilnya.

“Opocot!”

Jeritan Adira seiring dengan tangannya yang menampar apa sahaja di hadapannya.Nasib tak baik bagi Shahir apabila tamparan itu tepat-tepat terkena mata kanannnya.

“Aduhhhh..”Shahir menekup matanya.Mahu buta sebelah matanya dek tamparan Adira.

“Padan muka!Oh,abang yang kacau Dira ye?”Adira menunjal dahi Shahir perlahan.Jantungnya sendiri berdebar-debar.Dalam fikirannya memang spesies seram sahaja,tak pocong,pontianak,toyol,Ju On dan apa sahaja yang sewaktu dengannya.Mana mungkin diduganya Shahir yang sedang terkejung di atas katil cuba bermain-main dengannya.

“Tangan cepat naik betul!”Bebel Shahir.Tangannya masih menekup matanya.“Buta mata abang karang,”

“Alah,kesiannya..meh Dira tengok,”

“Merah mata abang..huhu,cepat tiup,”Shahir cuba bermanja.Tampak mengada-ngada.

“Meh sini Dira tiup,”

Adira meniup mata Shahir yang kemerah-merahan.

“Tiup dekat lagi boleh tak?”Shahir tersenyum nakal sambil mengenyitkan matanya.

“Penampar lagi mahu tak?”

“Tak..tak..garangnya..aduhh..”Shahir mengeluh kecil apabila jahitan di pinggangnya terasa ngilu.Kerutan di dahi Adira menunjukkan kerisauan yang amat ketara.

“Abang okay ke?”

“Sikit je..tu pun patut abang yang menang kalau malaun tu tak tikam curi.Siapa yang bawa kita ke sini?”

“Ada seorang pak cik,namanya Pak Man.Baik sangat,dia yang bawa abang dan Dira ke hospital.Nanti keluar hospital,abang jumpa dia,”

“Pak Man?”Shahir tertanya-tanya di dalam hatinya.Siapa lelaki yang baik hati dan menyelamatkannya itu?Dia masih ingat lagi wajah lelaki itu walaupun pandangan sudah samar akibat kehilangan darah yang banyak.

“Kesian abang..tak pasal-pasal jadi mangsa samseng tak guna tu,”Adira menuang air kosong ke dalam gelas dan menyuakan kepada Shahir.

“Abang kan Spiderman yang akan menyelamatkan Mary Jane,”Ujar Shahir seraya meminum air kosong yang diserah Adira.

“Terima kasih Abang Spiderman”Sindir Adira dalam nada gurauan.

Namun jauh di sudut hatinya.Kejadian Shahir ditikam itu benar-benar membuatkannya ketakutan.Dia takut akan kehilangan Shahir.Mujurlah semangat untuk hidup itu kuat dan keadaan Shahir juga stabil.Jika tidak,tak tahulah apa yang bakal terjadi kepadanya jika dia kehilangan Shahir.

“Tapi dulu abang umpama Kent untuk Barbie,”

“Alah,tu masa budak-budak,”

“Oh,sekarang tak budak-budak lagi?”

“Dira bukan budak kecil lagi la,”

“Betul Dira bukan budak-budak lagi?”

“Memanglah Dira bukan budak kecil lagi,”

“Kalau macam tu..jom,kita kahwin!”

Ungkapan Shahir menyebabkan Adira terdiam.Dia tak tahu sama ada Shahir serius atau bergurau.Dia memandang wajah jejaka itu dengan wajah yang keliru.

“Apa abang cakap tadi?”

“Jom,kita kahwin!”

“Ta..ta..pi..Adira nak ambil..S..P..M..”

Tergagap-gagap Adira dibuatnya.

“Ambillah..tapi,jom kita kahwin jugak!”

Adira masih terkebil-kebil.Shahir menarik nafasnya.Dipandangnya seraut wajah yang comel itu dengan pandangan yang penuh rasa cinta dan kasih sayang.

“Jom,kita kahwin..Adira,sudi tak jadi isteri abang?Temani abang pada masa yang suka dan duka?”

Adira masih lagu keliru tapi perlahan-lahan senyuman manis terukir di bibirnya.Seiring dengan wajahnya yang kemerah-merahan menahan segan dan air mata yang bergenang di kelopak mata.

Shahir membalas senyuman itu semula dengan anggukan kepalanya.Senyuman yang diukirkan khas untuk perempuan yang ingin disunting menjadi suri hidupnya.


Biarkan aku di sini untukmu

Aku hanya ingin menghibur malam ini

Malam yang pasti menyenangkan untukmu

Dan tentu untukku

Biarkan di sini aku bernyanyi

Hanya untukku dan untuk menghibur kamu

Dan aku yakin senyum mu tulus dan jujur

Hanya untuk ku

Perempuanku

Engkau cintaku

Tak mungkin bisa bila aku jauh dari mu

Bisa gila ku pasti sedih

Ku cinta engkau

Cinta pada perempuanku

Semakin lama semakin ku tahu

Maksud hati tak hanya mencintaimu

Ku ingin habiskan hidupku

Hanya untukmu

Perempuanku

Engkau cintaku

Tak mungkin bisa bila aku jauh dari mu

Bisa gila ku pasti sedih

Ku cinta engkau perempuanku

Perempuanku...



(Irwansyah,Perempuanku)

DIA TIDAK KECIL LAGI (BAB 12)

0

Posted by Nama Saia Ridz.. | Posted in | Posted on 10:17 PM

Suasana di rumah Tan Sri Ali agak sibuk,maklumlah hari ini merupakan hari pertunangan anak bongsunya.Memandangkan arwah isterinya sudah meninggalkan mereka sejak Daus masih kecil,semua urusan dilakukan sendiri dengan bantuan adiknya,Datin Seri Paduka Hajar.Isteri kepada salah seorang menteri kabinet dan juga ibu saudara Daus itu bertungkus lumus memastikan semua persiapan berlangsung dengan lancar.Walaupun sekadar majlis pertunangan,sebanyak 30 hantaran disiapkan termasuk tepak sirih junjung yang dihias cantik.Di dalam kamarnya,Daus tersenyum di hadapan cermin.Membetulkan baju melayu berwarna putih yang dipakainya.Sesekali membetulkan songkoknya.Haruman BOSS sudah beberapa kali disemburnya.Tangannya diletakkan ke dadanya.(Eh,ada rasa berdebar-debar!)

“Hai,awak bukan nak kahwin,bertunang aje,”

Daus tersenyum melihat Ema yang muncul di belakangnya.Sahabat baiknya itu memakai kebaya pendek berwarna putih dan kain batik singkat.Gadis itu menyapu kedutan di baju Melayunya di bahagian bahu.Kedua mereka memandang ke arah cermin.Berdiri sama tinggi dan sama cantik.

“Handsome juga kawan baik I ni ye?”

“Gila tak handsome?Nak tengok cincin?”Daus tersenyum nakal.

“Boleh jugak!”

Daus maju ke hadapan membuka laci dan mengambil sebuah kotak kecil berwarna putih.Dia membuka kotak itu dan mengambil cincin itu lantas menunjukkan kepada Ema.

“Tiffany?Cantiknya!”

“Special design tu,kalau you tengok betul-betul dalam diamond ada dua huruf bergabung,”

“Dua huruf?Let me see,”Ema merenung ke arah cincin itu.Matanya dikecilkan untuk memastikan huruf-huruf yang dimaksudkan Daus.“DD?What’s the meaning of that?Diana Danielle?”

“Huish Diana Danielle pulak.Daus dan Dira lah,”

“Daus dan Dira,romantiknya.Daus,sarungkan cincin ni untuk I,”

Ema menghulurkan jari jemarinya yang runcing.Daus menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah Ema.Dia menyarung cincin itu di jari manis sahabat baiknya.Ema tersenyum nakal sambil melihat cincin platinum bertatah berlian itu di jari manisnya.

“Padan dengan I,kira jadi hakmilik I lah ye?”

“Mana boleh,”Daus tersenyum sambil memegang lembut tangan Ema.Perlahan-lahan cincin itu ditariknya dari jari sahabat baiknya.“Kalau untuk you nanti I design khas,DE BFF 4EVER,”

“Ye la,siapalah I nak pakai cincin bakal tunang you,”Ema menjungkit bahunya sambil mengenyit matanya.

“Eleh,merajuk!”Daus mencuit pipi Ema.“Sampai mati pun you tetap menjadi kawan baik I dan soulmate I..eternally,”

“I jadi second wife pun okay,”Usik Ema sambil mengambil songkok Daus dan meletakkan di kepalanya.Dia mengundur ke belakang seolah-olah mengacah Daus supaya mengambil semula songkok itu.Daus menggaru dagunya sambil tersenyum.

“You terlalu special untuk I.I tak sanggup nak jadikan you second,third or fourth.Kalau I tak jumpa Dira,may be I propose you sebab you best friend I,”

“That means,I’m your last resort.Poyo la you Daus,”Ema menjelirkan lidahnya sambil cuba mengelak apabila Daus ingin mengambil semula songkoknya.Gadis cantik itu ketawa kecil dapat mempermainkan rakannya.

“Dira wanita pertama yang I paling cinta dan you wanita pertama yang bertakhta sebagai kawan baik I.Tiada kompromi.“Ema bak lah songkok I,”

“Okay,”Ema meletakkan songkok itu semula di atas kepala Daus.Dia tersenyum sambil membetulkan songkok itu.“I harap you akan happy dengan Dira,all the best.Nanti cepat-cepat kahwin dan ada anak banyak-banyak,”

“That’s my girl,”Daus mengangkat ibu jarinya sebagai tanda bagus.Dia pantas melihat jam tangannya.“Dah nak dekat pukul 1.Jom,cepat!”

Daus tergopoh-gapah keluar dari bilik.Sesaat kemudian dia masuk semula.

“Babe,you tolong bawa kotak cincin,okay.Love you,”

Sebaik menghabiskan kata-katanya,Daus pantas keluar semula.Ema menggelengkan kepalanya melihat gelagat Daus yang kelam kabut.Dia mengeluh perlahan.Kotak cincin itu dibukanya.Lama dia memandang cincin itu sebelum menutupnya semula.Ema membetulkan kebaya yang dipakainya sebelum mengangkat kotak cincin itu yang diletak di atas dulang hiasan.Berlari-lari anak dia turun ke bawah.

******

Tidak seperti Daus yang ceria dan ingin terlibat bersama di dalam majlis pertunangan ini,Shahir pula berlainan.Tiada kewajipan agama yang menetapkan si lelaki wajib terlibat bersama dalam urusan pertunangan,cuma keluarga.Shahir tekad untuk mengelak daripada terlibat secara langsung dengan majlis pertunangannya merangkap pertunangan adik tirinya juga.Cuma berbaju kemeja kotak berwarna biru dan berseluar jeans lusuh,dia duduk di tengah sawah sambil memetik gitar.Cuaca matahari yang terik itu langsung tidak dihiraukannya.Panorama keindahan suasana di sawah sikit tak banyak mengurangkan tekanan di dalam hatinya.

Ingatannya masih melangkau peristiwa minggu lepas.Dipegang pipinya.Tamparan Adira masih terasa di pipinya.Seolah-olah baru semalam semuanya berlaku.Peritnya bukan terasa di pipi tetapi di hatinya.Selepas kejadian itu,Adira meminta kebenaran daddy untuk ke sekolah dengan Nad.Di rumah,Adira memang tidak mahu melihatnya langsung.Seboleh-bolehnya gadis itu mengelak daripada bertemu dengannya.Adira berhak membencinya sampai bila-bila.Benar kata Adira,dia dayus dan penakut untuk mempertahankan apa yang dirasakannya.Mempertahankan gadis yang dia cintai.

“Bodohnya kau Shahir!”

Jeritannya menyebabkan burung-burung yang cuba memakan bunga padi berterbangan bertempiaran.Shahir merebahkan badannya di atas tanah.Tangannya diletakkan di atas dahinya.Tangan kirinya memeluk gitar kapok yang berwarna hitam itu.Gitar daddy itu dipegang dengan erat.Kepalanya berdenyut-denyut memikirkan masalah itu ditambah cuaca yang panas terik.

“Anak kenapa?”

Suara seorang wanita berusia separuh abad mengejutkannya.Shahir bingkas bangun sambil menyapu bajunya yang melekat dengan tanah.Wanita tua bertudung yang memakai baju kurung Kedah dengan seluar berwarna hitam itu tersenyum.Kasut bot yang dipakainya berselut dengan tanah.Walaupun bekerja di bawah panas mentari,kulitnya putih kemerah-merahan.Orangnya masih cantik walaupun sudah berusia.

“Maaf makcik,saya ganggu makcik buat kerja ke?”Shahir bertanya.Kaget.

“Taklah,makcik tengok kamu macam runsing saja.Makcik datang tengok kamu,”

“Tak ada lah makcik.Ada masalah sikit-sikit aje,”

“Panggil je mak cik,Mak Timah.Janganlah duduk di denai ni,jom kita ke pondok,”

Wanita tua itu bangun sambil tersenyum kepadanya.Tanpa membantah Shahir menuruti langkah wanita yang membahasakan dia sebagai Mak Timah.Dia mengambil sapu tangan dan mengelap peluh yang mengalir di lehernya.

“Anak ini namanya siapa?”

“Shahir,Mak Timah,”Shahir menjawab sambil mengemaskan silanya di atas pondok kecil di tengah sawah itu.

“Memang orang Tanjung Karang?”

“Tak,saya orang Rawang,”

“Jauhnya datang,kenapa?”

“Tak de apa Mak Timah..mencari ketenangan,”

“Masalah cinta?Tak berani mempertahankan cinta?”

“Eh?”

“Kamu hairan?Mak Timah dah banyak makan garam.Tengok muka kamu Mak Timah dah tahu apa yang bermain di fikiran kamu.Apa yang berlaku hari ini?”Mak Timah menuangkan air kopi daripada termos ke dalam cawan.Cawan itu dihulurkan kepada Shahir.Shahir terangguk-angguk sambil menyambut cawan itu.Ditiup kopi yang panas itu sebelum menghirup perlahan.

“Saya..saya..akan bertunang,”

“Dengan perempuan yang kamu suka?”

“Perempuan yang saya suka akan bertunang dengan orang lain,”Shahir bersuara perlahan sambil menundukkan kepala ke bawah.

“Kenapa kamu biarkan?”

“Sebab saya tak boleh hidup dengannya.Walaupun adik beradik tiri,tak mungkin kami boleh bersama.Saya tak mahu jadi munafik,saya dah berjanji dengan orang lain,”

“Sebenarnya Shahir,kamu sengaja memberi seribu alasan.Sedangkan hakikatnya,jika kamu benar-benar cinta perempuan tu,kamu takkan sanggup serahkan dia kepada orang lain atas apa alasan pun,”Mak Timah tersenyum memandang anak muda di hadapannya.

Shahir terdiam.Tali gitar itu dipetiknya perlahan.

“Walaupun baru pertama kali bertemu tapi InsyaAllah sekilas ikan di kolam,Mak Timah tahu yang mana jantan dan yang mana betina.Begitu juga sikap manusia daripada raut wajahnya.Mak Timah tengok muka kamu,Mak Timah rasa kamu budak baik.Shahir,jangan biarkan sesuatu yang paling berharga dalam hidup kamu pergi begitu sahaja kerana kamu sendiri yang mengalah dan tidak berusaha,”

Shahir tersenyum ke arah wanita berusia separuh abad itu.Senyumannya tawar bersama hatinya yang gundah.

“Mak Timah ada kerja lagi,kalau kamu nak terus duduk di sini,silalah.Tapi kalau Mak Timah di tempat kamu,Mak Timah akan menyesal seumur hidup kerana membiarkan orang yang Mak Timah sayang pergi begitu sahaja,”Mak Timah bangun sambil mengambil sabit di bawah tangga.“Assalammualaikum,”

“Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,”Shahir menunduk hormat kepada Mak Timah yang berlalu meninggalkannya di dalam pondok itu.

Tali gitar itu dipetik perlahan.Bunyinya sumbang dengan nota muzik yang bertaburan.

Apa yang harus aku lakukan?Membiarkan simpulan pertunangan terus dilangsungkan antara Daus dan Adira?Menghukum dirinya untuk bersama Farina?

Shahir memejamkan matanya.Mindanya berputar-putar mencari penyelesaian.Semakin lama difikirkan,semakin pening kepalanya.

******

Lima buah khemah didirikan di luar halaman rumah Datuk Maulana.Penduduk kampung ramai yang hadir mengalahkan kenduri kahwin layaknya.Maklumlah yang bertunang bukannya seorang tapi dua orang anaknya.Pasukan kompang sudah pun bersedia menunggu kehadiran keluarga Daus.

Farina yang sememangnya tidak mempunyai keluarga di Malaysia ditemani para pekerjanya di sebuah bilik.Datin Ainul tidak cukup tangan menyiapkan pelbagai persiapan untuk hantaran kedua-dua anaknya Shahir dan Adira.Itu tak termasuk,persiapan majlis kenduri.Boleh migrain dia dibuatnya.Mujurlah suami tercinta sentiasa membantu pada saat-saat genting.

Di dalam kamar yang lain,Adira yang sudah sedia dimekap sedang duduk membatu di dalam kamarnya.Jari jemarinya yang berinai merah menguis-nguis cadar baldu berwarna putih.Putih ialah tema yang ditetapkan keluarga Daus.

Pandangannya kosong ke hadapan.Jiwanya sifar tanpa sebarang rasa.Sunyi dan sepi sehinggakan dia bisa mendengar bunyi jarum jam yang berdetik di dinding.

Bunyi pintu yang dibuka mengalih pandangannya.Nad berdiri di hadapan pintu sambil memandang sayu ke arah sahabatnya.Adira membalas pandangan itu dengan pandangan yang sama.Dia cuba memaksa dirinya untuk tersenyum buat sahabatnya.Terketar-ketar.

“Dira,”Nad pantas menutup pintu lalu memeluk Adira.Tanpa paksaan,air mata berjujuran mengalir di pipi kedua-dua gadis itu.Teresak-esak.Terlalu sebak sampai kedua-duanya tidak mampu berbicara.Secara emosi,Nad seolah-olahnya berkongsi rahsia hati sahabatnya.

“Ja..jangan menangis..nanti..tak..cantik,”Nad mengesat air mata yang mengalir di pipi Adira.Suaranya tersekat-sekat menahan tangisan.

Kata-kata Nad menambah sedu-sedan Adira.Air mata itu seperti tidak mampu dihentikan.Hanya Nad yang memahami duka di hatinya.Kegembiran dikongsi bersama seiring dengan kesedihan.Tidak perlu berkata-kata kedua-duanya bisa memahami antara satu sama lain.

“Apa pun yang berlaku..kita tetap kawan baik..sampai mati kita kawan baik.Okay?”Nad mencium pipi Adira bertalu-talu.Dikesatnya air matanya sendiri.Dia bingkas bangun dan menunjukkan ibu jarinya tanda memberi semangat.“Aku tahu kau kuat!”

Adira cuma mampu mengangguk.Lidahnya tidak mampu mengucap sebarang kata.Hanya raut wajahnya terkandung sejuta kedukaan.Dia juga mengesat air matanya segera.Mujurlah maskara yang dipakainya kalis air dan tidak meleleh.Nad segera keluar dari kamar Adira.Tak sanggup rasanya dia memandang wajah pilu Adira.Bagaimana Adira mampu menghadapi semua ini?Dia pun tak tahu.Dia sendiri tidak menyangka di sebalik tubuh kecil itu,Adira mempunyai semangat yang kuat.

“Dira macam mana?”Suara Iwan menerjah ke telinga Nad sebaik sahaja dia berada di halaman.Wajah lelaki berkulit cerah itu kelihatan risau.Anum yang berdiri di sebelah Iwan juga kelihatan risau.

“Aku pun tak..tahu nak cakap apa..”Nad menutup matanya dengan tangan.Cuba menahan kesedihan yang masih lagi melanda hatinya.

“Aku kesian dengan dia.Kalau aku jadi dia,dah lama aku cabut ikut tingkap,”Anum menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Kau rock,tapi hindustan.Hindustan bolehlah cabut ikut tingkap.Itupun kalau Shahir bengong tu sanggup tunggu kat luar tingkap,”Iwan menempelak Anum yang menjeling kepadanya.

“Korang boleh tak jangan buat lawak?Aku tengah emosi ni,”Nad mengesat air matanya.

“Betul apa dia bengong?Kalau aku jadi Si Shahir tu,tak ada maknanya aku nak baik hati nak bagi orang yang aku suka kat orang lain.Mengabihkan boreh jo,”Iwan melepaskan geramnya.Kelmarin barulah dia tahu kisah sebenar yang berlaku antara Adira dan abang tirinya.Itupun setelah disoalnya bertubi-tubi terhadap Nad yang kelihatan macam hilang semangat.Patutlah Si Shahir tu hampir-hampir mematahkan tengkuknya,rupanya dalam hati ada taman dengan si adik tiri.Mujurlah sekarang dia pun sudah menganggap Adira sekadar teman biasa.

Kedatangan rombongan kereta Rolls Royce sebanyak 6 buah semuanya menarik perhatian orang ramai di halaman rumah.Kompang terus dipalu sebaik sahaja rombongan meminang daripada keluarga Daus itu memijak tanah.Ketiga-tiga sahabat tadi saling memandang sesama mereka.

Farina sekadar menjenguk di luar tingkap,hati wanitanya sedikit cemburu dengan persiapan yang dilakukan oleh Daus terhadap Adira.Berlainan dengan Shahir yang mahukan semuanya serba sederhana.Sehinggakan dia merasakan menjadi pilihan kedua dalam majlis pertunangan ini.Semua orang lebih menumpukan Adira daripadanya.Namun dari sudut lain,dia bersyukur kerana setelah sekian lama mengharungi suka duka bersama Shahir,akhirnya ikatan antara mereka bakal tersimpul sebagai pasangan yang bertunang.Tapi emosinya berlainan pada hari ini.Entah mengapa seperti Shahir,dia sendiri seolahnya tidak gembira dengan soal pertunangan ini.Ya,pada mulanya memang dia beriya-iya.Kemudiannya setelah peristiwa demi peristiwa yang menggoyahkan hatinya berlaku satu demi satu.Dia mula terasa kelatnya.

Bunyi paluan kompang itu pula bagaikan panggilan ‘kematian’ buat Adira.Bukan ‘kematian’ yang menghapuskan nyawa tetapi ‘kematian’ yang mematikan jiwanya.Kosong dan tidak lagi bermakna.Dia hanya memandang jam di dinding berjalan.Menanti saat ‘jiwanya’ diragut dan akan diganti dengan 'jiwa' yang tiada maknanya.

Tan Sri Ali bersalaman sambil berpelukan dengan Datuk Maulana.Kedua bakal bisan itu tampak mesra.Datin Seri Paduka Hajar juga saling berciuman pipi ke pipi dengan Datin Ainul.Daus menarik nafasnya dalam-dalam.Kalaulah Abang Shah juga ada bersama dengannya hari ini,pasti bertambah ceria.Mujurlah ada Ema yang setia di sebelahnya sambil memegang dulang hantaran yang diisi kotak cincin.Hatinya berdebar-debar.Perasaan gembira yang tak tertahan bagaikan mahu pecah dadanya.

Datuk Maulana mempersilakan semua tetamu duduk.Wajahnya kelihatan manis dan berseri-seri.Maklumlah rakan sendiri yang bakal menjadi bakal bisan.

“Anak lelaki kami pun nak bertunang hari ini.Tapi kita mulakan yang si adik dulu.Atas permintaan abangnya,”Datuk Maulana memohon pengertian.

“Oh,anak lelaki you dengan first wife dulu kan?Yang anak I gila-gilakan sangat ni anak tiri you kan?”Tan Sri Ali ketawa terbahak-bahak.Daus hanya tersenyum dan menunduk malu.Sempat Ema mencuit pinggangnya.Daus membulatkan matanya kepada Ema yang tersenyum nakal.(Nasib baik aku tak melatah!).

“Tan Sri,I dah anggap Adira macam anak kandung I sendiri.Silakan duduk,”Datuk Maulana tersenyum manis sambil duduk bersila bersama isterinya.Semua hadirin yang datang mengemaskan sila dan simpuh.

“Assalammualaikum warah matullahi wabarakatuh,”Seorang lelaki berkulit putih dan kurus memulakan bicara setelah semua yang datang sudah bersedia.

“Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,”

Semua hadirin yang hadir menjawab salam.Ada yang mengangguk-angguk.Ada yang tersenyum simpul.Nad,Iwan dan Anum sekadar menjenguk melalui tingkap.Segan hendak berkumpul dengan insan-insan yang berstatus dan berdarjat tinggi.

“Segala puji-pujian ke atas Nabi Muhammad SAW,semoga majlis pertunangan yang berlangsung pada hari ini diberi barakah dan rahmat daripada Yang Maha Esa.Saya Tengku Haidar,merangkap abang saudara Shahril Firdaus dan juga wakil keluarga Tan Sri Ali.InsyaAllah pada hari ini saya dan bonda akan cuba mempercepatkan majlis dan jutaan kemaafan kerana terlewat.Minta maaflah juga,sebab keluarga kami ni masih mengamalkan lagi adat berpantun.Dalam soal ini saya serahkan majlis ini kepada bonda saya,Datin Seri Paduka Hajar Ismail.Silakan bonda,”

Wanita yang bertudung dan memiliki seraut wajah yang tegas itu tersenyum memandang Datuk Maulana dan Datin Ainul.Datin Ainul memicit-micit kepalanya sambil cuba tersenyum.(Dah nak berpantunlah pulak..)

“Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,memandangkan anakanda saya pun dah bagi warning nak cepatkan majlis yang sudah terlewat ini,maka saya pun nak cepatkanlah adat.Pantun ini saya tujukan khas untuk Datuk Maulana dan Datin Ainul,”Datin Seri Paduka Hajar tersenyum sambil membetulkan tudungnya.


Anak cina si ibu nyonya,

Memotong padi dengan parang,

Bunga di sana harum mekarnya,

Sudahkan menjadi hakmilik orang?


“Terima kasih,cantik pantun Datin Seri.Saya pun tak pandai nak jawab pantun.Saya serahkan saja kepada isteri,”Gurau Datuk Maulana sambil disambut ketawa Tan Sri Ali dan hadirin yang hadir.

Datun Ainul menjeling manja terhadap suaminya.Nampak sangat nak lepaskan beban kepada isterinya.Dia memikirkan seketika sebelum membuka bicaranya.


Ulam pegaga tidak melingkar,

Ditepi perigi berbaja tiada,

Bunga dijaga wangi nan mekar,

Cuma dimiliki ayahanda dan bonda,


Hadirin yang hadir mengangguk-angguk sambil tersenyum mendengar jawapan Datin Ainul.

“Alhamdulillah,senang cerita anak gadis Datuk dan Datin belum berpunya kan?Saya nak sambung lagi Pesta Pantun ni,tapi kasihan pula adik saudara saya yang dah kepingin nak bertunang,”Tengku Haidar cuba mengusik Daus yang sudah berwajah pucat.Daus cuma tersenyum apabila orang ramai tersenyum sinis kepadanya.

“Bagi pihak Tan Sri Ali,jika pihak Datuk Maulana setuju,pertunangan ini akan dilangsungkan sehingga setahun.Tapi apapun tempohnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui kerana jodoh dan pertemuan ditentukan olehNya,”

“Bagi pihak kami,Alhamdulillah,kami cuma menurut saja apa yang pihak keluarga Tan Sri tentukan.Jika dah takdir,anak kami bertemu jodoh dalam usia yang muda Alhamdulillah,”

“Sebelum tepak sirih ini diserahkan,saya mewakili Allahyarhamah ibu Daus untuk menyarung cincin pertunangan ini ke jari manis anak Datuk,Adira kan?”Datin Seri Paduka Hajar pula menyampuk sambil tersenyum.

“Ya Datin Seri,Adira namanya..err panggil Adira,”

Arahan Datuk Maulana disambut dengan anggukan Datin Ainul.Daus menanti kehadiran Adira dengan hati yang berdebar-debar.Ema ke hadapan duduk bersimpuh di sebelah Datin Seri Paduka Hajar.Kedua-dua mereka saling memandang dan tersenyum.

Sepasang kaki putih turun daripada tangga dengan berhati-hati.Daus semakin terpesona melihat kecantikan Adira yang mengenakan sepasang baju kurung moden berwarna putih dan selendang di atas kepala.Bukan sahaja Daus,orang ramai yang datang turut memuji kecantikan gadis sunti itu.Adira cuma tertunduk dan membisu ketika duduk di hadapan ibu saudara Daus.Dalam keterpaksaan dia mencium tangan wanita korporat di hadapannya.Nad,Iwan dan Anum memandang situasi di hadapan mereka dengan jantung yang berdebar-debar.

Datin Seri Paduka Hajar mengambil sebentuk cincin yang dihulurkan Ema.Jurugambar-jurugambar yang datang bersedia dengan kamera masing-masing.Rakaman melalui video sahaja sudah melibatkan 5 orang jurukamera.Tangan halus Adira dipegangnya.Cincin itu bersedia untuk disarungkan bila-bila masa.Bersedia untuk disarungkan ke jari manisnya.Adira pasrah dan memejamkan matanya.

“Adira!Ikut abang!”

Hadirin yang datang tersentak melihat Shahir yang tiba-tiba datang dan menarik tangan Adira.Kedua adik-beradik tiri itu berjalan menyusuri orang ramai.Datuk Maulana terdiam kaku menyaksikan kejadian yang tak disangkanya.Datin Ainul sudah rebah ke lantai.Kelam-kabut dibuatnya.Semua tetamu yang datang berbisik sesama mereka.

“Tahan dia!”Daus bangun dengan diikuti beberapa orang pemuda di belakangnya.

“Jangan!”Farina keluar daripada biliknya dengan selendang dan jarinya yang berinai merah.Dia menahan Daus daripada meluru ke arah Shahir dan Adira.Matanya digenangi air yang jernih.Nafasnya turun naik.Kepalanya digeleng-gelengkan.

“Jangan..biarkan mereka..,”Bisik Farina perlahan.Daus menggigit bibirnya.Menahan amarah di dalam hatinya.Tangannya menggenggam buku limanya.

Ema hanya mampu tertunduk.Berlainan dengan tiga sahabat di luar rumah.Nad,Iwan dan Anum pula saling tersenyum di antara mereka.Biarpun suasana semakin kecoh,Shahir terus menarik tangan Adira yang menurutinya tanpa bantahan.Kereta Peugot itu dihidupkan.Shahir pasrah.Apa yang terjadi telah pun terjadi.Dia tidak mungkin berpaling lagi.

Dia memandang Adira yang turut memandang ke arahnya.Adira ternyata keliru dengan tindakan drastiknya.Walaupun air mata berlinangan di pipinya.Namun wajah itu tiada lagi muram dan kosong.Seraut wajah yang manis itu dipenuhi dengan rasa kasih dan sayang.Shahir tersenyum sambil mengesat air mata yang membasahi pipi adik tirinya.

“Abang berjanji,abang tak akan lukai hati Dira lagi..abang janji..”

Adira tidak mampu membalas ungkapan itu,hanya mampu menangis di atas tapak tangan Shahir sebagai alasnya.Kereta itu menderu tanpa arah.Ya,dia berjanji akan menjaga Adira.Menjaga dan melindungi gadis itu.Wajah daddy dan mummy terbayang-bayang di mindanya.Rasa berdosa menebal di sanubarinya.Ya,dia sudah mengaibkan mummy dan daddy.Dia sudah pun melakukan perbuatan ini.Membawa Adira bersamanya ke suatu destinasi yang masih samar.Sebagai lelaki dewasa,dia akan bertanggungjawab atas apa yang sudah dilakukannya.

Harapannya cuma ada sinar bahagia buatnya dan Adira.Perjalanan masih jauh dan panjang.Janji Shahir dia akan hanya mencintai Adira.Apakah esok masih sama?

DIA TIDAK KECIL LAGI (BAB 11)

0

Posted by Nama Saia Ridz.. | Posted in | Posted on 10:16 PM

Adira turun dari kereta Daus dengan kakinya yang terhenjut-henjut.Daus cuba memimpinnya tetapi ditolaknya secara baik.Lelaki beraut wajah comel itu cuma mampu menggelengkan kepalanya.Basikal yang diletak di bahagian bonet belakang kereta itu diturunkan.

Adira mengerutkan dahi cuba menahan keperitan luka di kakinya.Ngilunya mencengkam jauh sehingga ke hati.Bercampur dengan perasaan geram,marah dan sedih.Susun langkahnya serba tak kena sehingga hampir-hampir dia terjatuh.Mujur Daus segera memaut lengannya.Segera tangan lelaki itu ditolaknya.Secara lembut dan baik.

“Dira,jangan degil,bagi Abang Daus pimpin,”

“Dira bukan budak kecil lagi.Kenapa semua orang perlu nak beritahu itu dan ini kepada Dira?”Air mata itu masih lagi berlinangan di pipinya.Segera dikesatkan.

“Dira memang bukan budak kecil.Abang Daus bukan memperkecilkan Dira.Abang Daus cuma mahu memimpin Dira.Jom,masuk,”

“Abang Daus..nanti mummy..”Tiba-tiba bimbang kegusaran dalam hatinya.

“Abang Daus berjanji akan mempertahankan Adira daripada dimarahi mummy,”

“Pasal abang..”

“Pasal Shahir,tetap akan Abang Daus simpan rahsia itu dalam hati Abang Daus.Jom,kita masuk ye Dira?”Daus tersenyum manis.Cuba memujuk Adira.(Kalaulah Dira tahu betapa tulus dan ikhlas hati Abang Daus.Abang takkan melukai hati Dira seperti yang dilakukan Abang Shahir terhadap Dira..).

Adira tidak mampu membantah lagi.Dia membiarkan Daus memimpinnya sehingga ke muka pintu.Belum sempat loceng pintu ditekan,Datin Ainul segera menyambut anaknya.Wajahnya tergambar rasa risau dan terkejut.

“Kenapa ni?Ya Allah!Macam mana boleh luka ini?”

Adira tidak menjawab.Dia hanya tertunduk membisu.

“Adira terjatuh basikal,auntie,”

“Macam mana boleh terjatuh ni?Masuklah dulu,Daus,”Pelawa Datin Ainul sambil mengerling Adira yang masih membatukan diri.Serba resah hati Datin Ainul dibuatnya.Apalah yang tidak kena dengan anak gadisnya?Kenapa naluri keibuannya tidak mampu mengesan masalah anaknya kali ini?

“Tak pe lah,auntie.Daus memang nak hantarkan Dira.Dira tak ada apalah,auntie.Dia naik basikal dan terjatuh.Biasalah hari-hari orang jatuh basikal,”Daus cuba menenangkan hati Datin Ainul.

“Kalau ya pun,masuklah dulu Daus,”Datuk Maulana muncul di hadapan pintu sambil memimpin Adira masuk ke dalam rumah.Walaupun tidak membebel seperti Datin Ainul,kerutan di dahinya sudah menggambarkan seribu kerisauan di dalam hatinya.Datin Ainul menuruti suaminya sambil menjinjing kotak kecemasan.

“Tak pe lah uncle,auntie..saya..”

Belum sempat Daus menghabiskan ayatnya bunyi deruan enjin kereta mematikan ungkapannya.Kereta Peugot berwarna perak itu berhenti betul-betul di sebelah kereta R2 miliknya.Sebaik kereta itu dimatikan,Shahir turun dari kereta itu dengan senyuman yang manis.

Reaksi yang ketara berbeza daripada Adira yang bagai kehilangan semangat.Entah mengapa reaksi Shahir itu menyebabkan Daus berasa sakit hati.Aneh betul lelaki ini!Sedangkan dia orang luar bisa berkongsi kepiluan di hati Adira,di hadapannya lelaki yang dicintai gadis itu mampu tersenyum lebar seolah-olah tiada apa masalah.

“Assalammualaikum.Selamat pagi Daus.Bila sampai?”Shahir bersalaman sambil menepuk-nepuk bahu Daus.Wajahnya kelihatan agak letih tapi masih kelihatan sedikit ceria.

“Ni lagi seorang anak bertuah,abang ke mana semalam?”Datin Ainul menggeleng-gelengkan kepala sambil mencuci luka di lutut anak gadisnya.Shahir mengerling ke arah Adira yang terdiam bagaikan patung yang bernyawa.Ada rasa sebak di hatinya melihat keadaan Adira tetapi cuba disembunyikan.

“Abang siapkan kerja di pejabat,mummy.Eh,jom masuk Daus!”Pintas dia memotong isu yang ingin dibangkitkan mummy.

“Kau kenapa?”Daus memegang lengan Shahir.Pegangan yang agak kuat.

“Aku?Kenapa?”

“Macam menang loteri je?”Sindir Daus sambil tersenyum sinis.

Datin Ainul dan Datuk Maulana saling berpandangan.Apa pula masalahnya dua sahabat baik ini?Jangan pula pagi ini mereka bertegang leher lagi.Tak sudah-sudah.

“Aku menang loteri?Oh,mungkin seri manis sebab aku bakal bertunang barangkali,”Tanpa perancangan,Shahir sendiri tidak menduga jawapan itu yang keluar dari mulutnya.Adira memejamkan matanya,kata-kata Shahir bagaikan sembilu yang merobek hatinya.Pedih.

“Kau nak bertunang?Dengan Farina?Tahniah.Bila ye?”Sengaja Daus menyoal bertalu-talu.Mahu dilihat reaksi Shahir di mana baginya agak keterlaluan.

“Bulan depan,eh,mana kau tahu dengan Farina?”

“Dengan siapa lagi kan?Takkan dengan Dira?Aku pun nak bertunang.Boleh ucap tahniah?”

“Kau pun nak bertunang?Dengan siapa?”

Daus tidak menjawab.Dia cuma tersenyum sinis sebelum membuka kasutnya dan masuk ke dalam rumah.Shahir hanya memerhati tingkah laku Daus.

Daus menarik nafasnya.Fikirannya berpusing-pusing memikirkan kewarasan keputusan yang bakal dilakukannya.Gila atau spontan?Dia pasrah.Sesaat kemudian dia melutut di hadapan Adira yang diapit Datuk Maulana dan Datin Ainul.Membulat mata Shahir melihat gelagat Daus.

“Uncle,auntie..saya tahu kerja saya yang bakal saya buat bagai tak beradat,”Daus terhenti seketika.Menyelesakan kerongkongnya yang tersekat.Menarik nafas dan melepaskannya.“Tapi tulus dan ikhlas daripada saya,izinkan saya bertunang dengan Adira pada hari yang sama Shahir bertunang dengan Farina,”

Shahir terpaku mendengar kata-kata Daus.Dipandang kedua wajah orang tuanya yang turut kaget dengan kata-kata itu.Adira?Gadis itu tidak memberi apa tindak balas.Wajahnya kosong dan tidak lagi bermakna.

Kata-kata Daus bagaikan suara yang tidak memberi apa erti kepadanya.Jika sememangnya takdirnya untuk Daus.Dia terima jika itu sudah suratan takdir.Tapi perasaan cintanya hanya untuk Shahir.Bagaimana dia bisa merubah semua itu?

******

Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi.Shahir masih belum mampu melelapkan mata.Sudah bercawan air kopi dibancuh dan diminumnya.Fikirannya buntu dan runsing.

Daus akan bertunang dengan Adira pada hari yang sama dia bertunang dengan Farina?Apa masalah Daus yang sebenarnya?Mengapa daddy tidak melarang?Walaupun Daus berjanji cuma bertunang tetapi Adira tetap dan masih budak sekolah.Tidak bolehkah Daus bersabar?

Apa sebenar isunya di sini?Daus yang terlalu awal untuk bertunang dengan Adira?Atau dirinya sendiri yang tidak mampu melepaskan Adira kepada lelaki lain?Kenapa hatinya tidak mampu jujur dengan dirinya sendiri?Kenapa dengan kau Shahir?

Pelbagai soalan bermain di fikirannya.Persoalan yang cuma menambah semak di dadanya.Semalaman dia cuba membalut luka di hatinya.Siang tadi dia kembali dengan akal yang waras dari seorang lelaki dewasa.Tetapi kejutan siang tadi ternyata membuatnya kembali hilang ajal.Mug yang berwarna merah jambu itu diketuk berkali-kali di kepalanya.

Shahir tersenyum melihat mug berwarna merah jambu dengan hiasan kartun Barbie dan Kent.Difikir-fikir balik tak sangka mug itu masih ada sehingga kini.Ingatannya melangkaui 8 tahun lepas ketika mereka sekeluarga ke Taman Tema Genting.Ketika dia masih belum lagi ke Christchurch.Semasa mereka keluarga bahagia yang terdiri daripada daddy,mummy,abang dan ayang.Mug itu menjadi kegilaan ayang sejak kali pertama dia melihat mug itu.

Bersungguh-sungguh ayang meminta mummy membelikannya mug itu.Sudah mendapatnya,bukan main megah lagi ayang dengan mug Barbie dan Kent.

“Hanya abang dan ayang yang boleh minum mug ni sebab ayang Barbie dan abang jadi Kent,”

Suara kecil itu masih bermain-main di corong telinganya.Fantasi kanak-kanak,ayang ialah Barbie dan abang ialah Kent.Adik kecilnya itu terlalu pantas membesar.Senyuman yang dahulunya dihiasi gigi yang rongak kini dibarisi gigi yang putih dan senyuman manis.Raut wajah yang comel,polos dan sedikit degil itu masih ada cuma dewasa dengan peredaran masa.Sedar tak sedar adik kecilnya itu bakal dilepaskan kepada jejaka lain.Cepatnya masa berlalu.

Shahir menyapu wajahnya.Hatinya sebak dan pilu.Air mata lelaki itu mengalir lagi kerana seorang gadis bernama Siti Adira.Dia cuba untuk tersenyum tapi air mata itu mengalir lagi.Dikesatnya dan masih lagi mencurah.Sampai kemerahan hidungnya.Mengapa dia perlu menangis apabila dia sendiri yang memohon supaya Adira melupakannya?Melupakan rasa cintanya kerana realitinya kelak banyak yang bakal menghalang.

“Menangis jika tangisan itu mampu melegakan hati you,”

Shahir mengesat air matanya dengan tapak tangannya.Dia tersenyum memandang Farina yang entah bila muncul di hadapannya.Wanita itu memandangnya dengan penuh rasa kasih dan sayang.

“I dah lama wujud kat depan you,”

“Dah lama?”

“I tengok je you melayan perasaan,kenapa?Ada apa yang I boleh bantu?”Farina menarik kerusinya mendekati Shahir sambil tersenyum.

“I okay,cuma I teringat arwah mama,”

Menggunakan arwah mama untuk melindungi perasaannya.Satu tindakan yang tidak jujur pernah dilakukannya.Ya,teruskan jika itu mampu untuk mengawal keadaan.

“Ye ke?I’m sorry for asking,”Farina terdiam sesaat.Menelan air liurnya.Riak wajahnya seolah-olah ingin berkata sesuatu.“Shahir,I nak bagitau you sesuatu,”

“Ehem..apa?”Shahir cuba tersenyum.Hidungnya semakin kemerahan apabila digosok.

“Masa you kat sini dan I kat Christchurch,ada guys yang datang proposed I,”

“Ye?Siapa?”

“Ada dua,tiga orang termasuk mat salleh yang tak beriman,”

“Mat salleh memang tak beriman kecuali yang mualaf,”

“Memanglah,I saja nak bagi you ketawa,”

“Okay,”Shahir ketawa kecil.“Misi you dah berjaya,”

“Back to my story,one of them ex-boyfriend I masa sekolah dulu,”

“Siapa?You ada cerita kat I?”

“I pernah cerita kat you dulu,Fahrin namanya.You ingat?”

“Fahrin?I tak ingat sangatlah.Kenapa you cerita semua ni kat I?”

“Entahlah,I rasa macam I akan terima proposal Fahrin dan bukan you,”

“Eh,janganlah.Kita kan dah janji,”

“You cintakan I,Shahir?”

“I dah janji dengan you dan I akan tunaikan janji I,”

Farina tersenyum tawar.Sekian lamanya mereka menyusuri musim cinta,barangkali hanya dia yang menuai rasa kasih itu kerana belum pernah mendengar sekali pun Shahir melafazkan kata cinta.Sebaliknya hanya ungkapan janji yang akan dilunaskan seolah-olah Shahir telah memajak dirinya buat Farina.

“Shahir,siapa nama ex-boyfriend yang I mention kat you?”

“Adam..Adam kan?”

Farina cuma mengangguk walaupun jawapan yang diberikan salah.Ternyata apa yang dibualkan bagaikan masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.Dia cuma memandang Shahir yang terus meneguk kopi yang hitam dan pekat itu sambil fikirannya menerawang entah ke mana.

*****

Nad memandang Adira yang nampak lebih kurus daripada biasa.Wajahnya mencengkung dan lebam hitam mula melingkari matanya.Pucat lesi bagaikan tak cukup cahaya matahari.Dari pagi tadi dia cuba berbual dengan Adira.Tapi sahabat baiknya itu bagaikan sedang bermimpi.Dia bagaikan berbual dengan mayat hidup.Difikirnya sebaik sahaja sekolah dibuka semula banyak gossip yang bakal mereka bualkan tetapi tidak.Dia tahu soal Adira akan bertunang dengan Daus melalui Mbak Seena yang dijumpanya di pasar.Bertambah terkejut apabila Shahir dan teman wanita kaya-rayanya juga akan bertunang pada hari yang sama.Hati Nad mula berasa tidak enak jika sesuatu yang buruk bakal berlaku kepada sahabat baiknya.Telahannya nyata benar apabila melihat Adira sekarang amat berbeza dengan Adira yang dikenalinya dulu.

“Aku dengar kau nak bertunang dengan mamat CEO tu ye?”Nad cuba memberanikan diri menyoal soalan yang panas buat Adira.

“Ya,”Jawapan yang pendek.Tangannya masih bekerja menyiapkan kerja yang diberi Cikgu Baha,guru matapelajaran Geografi yang pernah mengirimkan surat cinta kepadanya dulu.

“Habis..sekolah macam mana?Kau masih sekolah?”

“Ya,”

“Kau tak suka abang tiri kau lagi?”

Adira tidak menjawab.Dia cuma meneruskan latihan soalan objektif kertas 1 Geografi.Dihitamnya ruang bulat berisi huruf A,B,C,D dan E itu sehitam-hitamnya.Pensel 2B yang digunakannya ditekannya dengan kuat menyebabkan mata pensel itu patah.Emosi yang tampak terganggu.

“Dira..mana Dira kawan baik aku yang dulu?”Hampir sebak Nad dibuatnya pada saat dia melontarkan soalan itu kepada Adira.

Nad mengeluh apabila Adira tidak menjawab persoalannya.Bunyi loceng menandakan waktu kelas berakhir berbunyi dengan nyaring.Nad hanya memerhati tingkah Adira yang bangun daripada kerusi tanpa mempedulikannya.

Iwan masuk dari belakang dan mencuit bahu Nad.Beg silang Adidas disangkut di kepala dengan baju sekolah yang tidak tuck in.Papan luncur setia dikepit di celah ketiaknya.

“Kenapa dengan Dira?”

Nad tidak menjawab.Dia cuma menggelengkan kepala.

Adira berjalan lemah menuju ke luar pagar sekolah.Selera makannya sudah hilang sejak sekian lamanya.Jiwanya kosong dan kehidupannya sudah lagi tidak memberi apa erti melainkan mengikut sahaja arusnya.Dia tidak pernah menduga betapa bahananya kecundang dalam menangani perasaan cintanya terhadap abang tirinya.Dia sentiasa berdoa supaya diberikan kekuatan untuk menghadapi masalah ini.

Peritnya menelan realiti yang menidakkan hubungan itu supaya diteruskan.Lewat semalam mummy mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena kepadanya.Walaupun mummy memohon kejujuran daripadanya,Adira cuma menerangkan yang dia tertekan dengan peperiksaan SPM yang bakal menjelang.Noktah.Dia tak mahu lagi membabitkan nama abang dengan dirinya.Malahan dia akan mengelak daripada berjumpa abang semasa di rumah.Lelaki dayus yang tidak berani mempertahankan cintanya.Frasa itu tersemat di dalam hatinya.

Langkah Adira terhenti apabila sesusuk tubuh yang tegap berdiri di hadapannya.Wajah yang tidak ingin dilihatnya buat masa ini.

“Jom balik,hari pun macam nak hujan”

Shahir menunjukkan langit yang gelap sambil cuba tersenyum tetapi senyumannya tidak dibalas.Shahir membuka pintu keretanya dan Adira perlahan-lahan masuk ke dalam kereta.

Sebaik sahaja kereta itu melewati pos pengawal,Shahir mengangkat tangannya kepada pengawal bermisai lebat itu.Dia memandang Adira yang mendiamkan diri di sebelahnya.

“Macam mana sekolah?”

“Okay,”

“Kawan-kawan?”

“Okay,”

Pada saat kereta Peugot itu melewati ladang pokok kelapa sawit,hujan mula turun dengan lebat.Mencurah-curah air hujan turun ke muka bumi.Memberi seribu rahmat kepada makhluk Allah di alam ini.Seiringan dengan itu bunyi guruh berdentum dengan kilat menyambar saling bermain di atas langit.

Shahir cuba meneruskan pemanduannya dalam keadaan hujan lebat dan ribut yang hadir tanpa diduga.Walaupun pemandu lain membantunya dengan menyalakan lampu hadapan,tetapi Shahir tidak mampu melihat apa-apa lagi di hadapannya kecuali samar cahaya lampu kereta.Kereta Peugot itu berhenti di bahu jalan di tepi ladang kelapa sawit.Ramai kenderaan yang menuruti jejak langkahnya kerana bimbang kemalangan bakal berlaku jika pemanduan diteruskan.

Shahir memeluk tubuhnya.Menahan kedinginan pendingin hawa dan cuaca di luar yang ternyata lebih menggila sejuknya.Dijelingnya Adira di sebelahnya yang melemparkan pandangan ke luar tingkap.Sesekali dipandang pula wiper yang bergerak ke kanan dan kiri mencuci air hujan yang memenuhi cermin kereta.

“Minggu depan,Dira dah nak bertunang kan?”Shahir cuba berbual.Memecah kesunyian yang maha aneh baginya.

“Abang pun,”Jawab Adira pantas.Wajahnya masih tidak memandang Shahir.

“Dira marah abang?”

“Perlu ke?”

“Kalau Dira marah abang,luahkan perasaan marah tu sekarang,”

“Tak perlu,”

“Dira..”Pujuk Shahir lembut.

“Boleh tak kita teruskan kehidupan masing-masing?Abang dengan Farina dan Dira akan sesuaikan diri Dira dengan Abang Daus nanti.Boleh tak abang jangan pedulikan Dira lagi?Abang yang pinta Dira lupakan abang dan apa yang abang pernah rasakan?”

Adira memandang geram ke arah Shahir.Mempersoalkan soalan yang tak masuk dek akal.Hanya orang yang tidak waras yang tidak akan marah dengan apa yang dilaluinya kerana Shahir.

“Jadi Dira betul-betul marahkan abang?”

“Ya!Memang Dira marah dengan abang!Abang lelaki dayus dan bacul yang tak sanggup mempertahankan apa yang abang rasa dan apa yang Dira rasa!Abang pernah cakap yang abang akan lindungi Dira tapi abang penipu!Pengecut!Dira benci abang!”

Adira pantas membuka pintu kereta dan berlari di tengah hujan yang lebat.Shahir tersentak dengan tindakan Adira.Cepat-cepat dicapainya payung di tempat duduk belakang dan mengejar gadis itu sambil berusaha membuka payung yang pada mulanya tersangkut untuk dibuka.

Langkahnya terhenti di hadapan sebatang pokok kelapa sawit yang sudah mati.Adira melutut di hadapan pokok itu sambil menangis teresak-esak.Shahir menghampirinya sambil memegang payung cuba melindungi Adira daripada titisan air hujan.

“Dira..jom..kita..kita balik,”

“Dira benci abang!”

“Ya,Dira memang patut bencikan abang,”

“Pergi!”Adira pantas bangun dan menolak Shahir.Payung yang dipegang Shahir jatuh ke atas tanah yang lembik dan becak.

“Dira boleh pukul abang,benci abang dan marah abang..luahkan apa yang Dira simpan.Dira boleh tampar abang jika itu memuaskan hati Dira,”Pinta Shahir sambil memandang Adira.

“Memang!Kau patut kena tampar!Aku benci tengok muka kau!”Adira menampar pipi Shahir.Kiri dan kanan,Walaupun bertalu-talu tetapi tamparan yang lemah dan tidak berdaya. “Benci gila!Benci sangat!Pengecut!”

Shahir hanya membiarkan dirinya ditampar Adira.Membiarkan Adira melepaskan apa yang dipendamnya.Tamparan itu semakin lemah dan lemah.Adira terduduk ke bawah sambil memaut kaki abang tirinya.Seperti hilang akal dia menangis tersedu-sedu di situ.

“Dira benci abang..tapi..semakin Dira benci..semakin rasa sayang itu menebal dalam hati Dira..kenapa?Kenapa Dira tak mampu lupakan abang?Kenapa?”

Hujan yang semakin lebat mencurah ke bumi melindungi air mata yang turut mengalir di pipi Shahir.Seribu kelukaan di hati Adira,sejuta yang mengguris di hati Shahir.Guruh masih berdentum di langit gelap.Shahir masih berdiri kaku di situ.Ingin dia memujuk tetapi apalah gunanya jika pujukannya hanya akan menambah luka di hati Adira.Tuhan tahu betapa dia menyayangi gadis ini.

Adira,ingin ku hidupkan semula jiwa mu yang kosong dgn nafas cintaku,biar sejuta pedang yang menghunus sedikit luka takkanku biarkan terguris di hatimu lagi..tapi mampukah aku?

DIA TIDAK KECIL LAGI (BAB 10)

0

Posted by Nama Saia Ridz.. | Posted in | Posted on 10:14 PM

B-bot,

Apakah aku yang salah telahan?Atau sememangnya aku dipermain-mainkan?Sebelum ketibaan F,abang seolahnya melayan aku bagaikan seorang puteri dari negeri Entah Berentah.Tapi bila maujud sahaja si F,semuanya jadi dingin macam salju di kutub utara.Mujurlah ada Abang D dan Kak E yang sanggup menemani aku sepanjang persembunyian aku.Itu pun mujur aku tak sembunyi sampai setahun.Mujur atas nasihat Abang D,aku kembali juga.Abang pula suka-suka nak marahkan Abang D.Sedangkan semua ini berpunca daripada abang.Jika abang tak menengking aku dan melebihkan F sudah tentu semua peristiwa ini takkan berlaku.Kenapalah abang tidak bersikap seperti Abang D?Lucu dan baik hati.Mogok dan tunjuk perasaan!Tak nak bercakap dengan abang!


Jari jemari yang mengentuk keyboard laptop Apple berwarna merah jambu itu terhenti apabila mendengar ketukan di pintu kamarnya.Wajah Farina yang muncul di sebalik kamar pintu itu hanya menambahkan sakit hati Adira.(Dia ni lagi!).

“Boleh akak masuk?”

“Masuklah.Akak pun dah masuk separuh badan,”Jawab Adira malas sambil menutup komputer ribanya.Sempat post baru blognya itu disimpan dahulu.Nanti dikemaskini kemudian,banyak pula gangguan.

Farina cuma tersenyum sambil masuk lantas duduk di atas katil yang bercadar warna merah jambu dengan gambar Hannah Montana.Dagunya diteleku dengan kedua tangannya.Dia cuma memandang gadis di hadapannya yang tampak tidak selesa dengan kehadirannya di dalam bilik itu.

“Ayang dah ada boyfriend?”Tiba-tiba terpacul soalan iti dari mulut Farina.

“Apa punya soalan,Ayang baru form 5,akak,”Adira menggelengkan kepala.Rimas.

“Kenapa Ayang melarikan diri pagi tadi?”

“Kenapa akak risau?”

“Apakah kerana akak?”

“Ayang tak cakap kerana akak,tapi terpulanglah kalau akak fikirkan kerana akak,”

“Jadi betullah kerana akak?”

“Bosan dengar soalan akak..lalalalalalalala..tak nak dengar dan boleh tak akak keluar dari bilik Ayang?”Adira menekup telinganya dengan kedua tapak tangannya.

“Siapa Shahir dalam hati Ayang?”Farina merenung tepat ke mata Adira.Geram.Rasanya dia sendiri sudah bosan melayan karenah budak kecil di hadapannya.

“Apa hak akak nak tanya Ayang?”

“Akak tanya,siapa Shahir kepada Ayang?Lebih daripada seorang abang tiri kan?”

“Kenapa?Jika ya,akak tercabar dengan Ayang?”Tempelak Adira sambil tersenyum sinis.

“Eh,budak ni.Orang dah habis sabar melayan karenah biadap awak,jangan sampai ada tangan yang naik nanti,”

“Oh,takutnya!Ya,Ayang memang sayang abang lebih daripada seorang abang tiri.Akak ada masalah?Akak tak layak untuk abang.Abang hanya banyak termakan budi dengan akak.Baliklah akak dan cari lelaki lain yang lebih sesuai dengan akak,”

“Akak akan bertunang dengan abang awak bulan hadapan.Ada masalah?”Farina merenung tajam ke mata Adira.Adira terdiam mendengar kata-kata Farina.Nafasnya naik turun menahan rasa geram.Lidahnya bagai berbelit lagi tersimpul mati.

“Kalau awak nakal-nakal lagi,kami akan bertunang minggu hadapan.Awak ada masalah?Awak boleh tanya mummy,daddy atau abang awak sendiri!”Farina menuding jarinya ke arah Adira yang terus terdiam membisu seribu bahasa.

Farina mengeluh perlahan.Dia bangun dan berjalan keluar dari kamar itu.Dia menoleh ke belakang dan melihat gadis yang terjelepuk lemah di atas lantai dengan perasaan yang berbaur.Ada rasa sinis dan simpati pada masa yang sama.Sinis kerana rasa lega mematikan hujah lancang Adira dan simpati kerana dia juga seorang perempuan yang memahami hati perempuan yang lain.Telahannya benar adik tiri ini mempunyai perasaan yang lain terhadap abang tirinya.

Adira berasa mindanya kosong.Hatinya pecah bagai kaca yang terhempas ke batu.Serpihannya terdampar merata-rata dan sukar dicantum lagi.Jika benar abang akan bertunang dengan Farina itu bererti statusnya akan kekal sebagai adik selama-lamanya.

******

“Mummy tak tahu apa yang terjadi sampai Ayang boleh buat kerja gila dan abang..you pun sama apa yang merasuk you sampai you nak belasah Daus?”Datin Ainul memandang Shahir yang hanya duduk mendiamkan diri di sebelahnya.

“Kenapa famili kita semakin huru hara?Riot tak tahu hujung pangkal?”Datuk Maulana menggelengkan kepalanya sambil menghidupkan api di hujung paip.Disedut dan dilepaskan asap paip itu berkepul-kepul di udara.

Hari yang memang gila,sebaik sahaja menyedari kehilangan Adira,orang pertama yang Shahir cari adalah Nad.Mati-matian gadis itu menafikan dia terlibat dengan kehilangan adik tirinya.Iwan juga hampir dibelasahnya walaupun budak lelaki itu memang tak tahu menahu.Shahir tahu Adira marahkannya kerana menengking dengan lantang di hadapan orang lain.Tapi apa yang dilakukan Adira tetap salah dan dia juga bersalah kerana tidak melarang secara lemah lembut.Mendengar soal jawab Adira dan Farina di meja makan semalam sudah membuat fikirannya serabut.Tanpa berfikir panjang dia menengking Adira saat-saat itu juga.

Hanya Tuhan yang tahu betapa risaunya dia akan kehilangan Adira.Jika berlaku sesuatu yang buruk kepada adik tirinya,Shahir tak mampu menghadapi dunia ini lagi.Hampir-hampir mereka sekeluarga melaporkan pihak polis apabila tanpa diduga Daus datang mengembalikan Adira.

Daus?Apa yang difikirkan Daus?Mahu menjadi hero secara tiba-tiba?Bukannya dia tak kenal Daus,berapa banyak gadis yang dipermainkan hati mereka oleh sahabat baiknya ketika mereka sama-sama di Lincoln University dahulu?Ya,memang layanan Daus terhadap Adira berlainan.Memang jelas nampak Daus ikhlas ingin bersama Adira.Mahu tak mahu itu dia akui.Tetapi hati lelakinya sakit.Egonya tercabar apabila melihat Daus memulangkan Adira.Geram apabila Adira lebih mempercayai Daus daripada dirinya.Daus yang hanya baru berapa bulan dikenali berbanding dirinya yang sudah mengenali gadis itu sejak Adira masih lagi anak kecil.

Tiada bunyi yang kedengaran kecuali bunyi udara dari pendingin hawa.Datin Ainul masih memicit-micit kepalanya.Pening memikirkan masalah anak-anak.Datuk Maulana pula berdiri di tepi tingkap dengan kepulan asap yang berkepul dari paip yang dihisapnya.

“Abang minta maaf,”Shahir memecahkan suasana yang hening dan sunyi itu.Mummy dan daddy memandangnya serentak.“Apa yang terjadi hari ini semuanya berpunca daripada abang.Jadi,abang akan selesaikan masalah ini dengan Ayang,”

Shahir bingkas bangun tanpa mempedulikan mummy dan daddy yang tercengang dengan kata-katanya.Kedua-dua suami isteri itu saling berpandangan.Apa pula yang bakal berlaku nanti?

Pelbagai persoalan bermain di minda Shahir.Apa yang perlu dilakukannya?Memohon maaf kepada Adira?Meminta Adira supaya menjauhkan diri daripada Daus?Ah,seperti dia cuma mementingkan diri sendiri!

Jika dia berada di tempat Adira pun dia akan mencemuh kehadiran Farina seperti mana dia tercabar dengan kehadiran Daus.Ya,Tuhan!Bagaimana dia harus menyelesaikan masalah ini?Di satu sudut dia terikat dengan janjinya kepada Farina.Wanita yang banyak membantunya terutama pada saat-saat mama mengharungi sakit kansernya.Memberinya sokongan dan juga menanggung kos perubatan supaya mamanya dapat menikmati hidup yang lebih panjang.Di satu sudut yang lain pula setiap ruang kosong dalam kamar hatinya sudah dihuni seraut wajah ayu dan comel milik seorang gadis yang agak mustahil untuk dimilikinya.Seorang gadis yang selalu diwar-warkan daddy supaya menjaga dan melindunginya bagai kasih seorang abang kepada adik.Cintanya tulus dan ikhlas tetapi mengapa dia dianggap berdosa jika menyintai adik tirinya?

Lamunan yang tidak berkesudahan itu berakhir apabila dia tiba di kamar Adira.Perlahan-lahan pintu itu diketuknya sebelum tombol pintu itu dipulas.Ternyata tidak berkunci.Pintu kamar itu ditolak dan dia dapat melihat dengan jelas Adira meniarap sambil menyembam wajahnya di atas bantal.

Shahir menarik nafasnya dan melepaskan.Perlahan-lahan dia menghampiri gadis itu.Ditariknya kerusi menghampiri katil.Dia cuba mengumpulkan kekuatan sebelum memulakan bicara.Dia cuma mampu pasrah dengan apa yang bakal berlaku.

“Abang..abang minta maaf,”

Adira tidak mejawab.Wajahnya masih tersembam di atas bantal.Walaupun cuba ditahan,esak tangisnya masih kedengaran.

“Abang tahu..abang keterlaluan apabila memarahi Dira.Abang minta maaf,abang tak sepatutnya memarahi Dira di hadapan Farina,mummy,daddy dan Mbak Seena,”

Perlahan-lahan Adira bangun tapi masih menekup mukanya dengan kedua tangannya.Dia tidak mampu menahan air matanya daripada berhenti mengalir.Dia malu menangis di hadapan Shahir.

Hati lelaki Shahir tersentuh melihat tangisan yang gugur membasahi pipi Adira.Benarlah kata orang,air mata wanita adalah senjata yang mampu melembutkan hati lelaki.

“Setitis air mata Dira bagaikan satu hirisan sembilu di hati abang.Abang minta maaf sangat-sangat jika abang mengguriskan hati Dira,”Ada rasa sebak dalam nada yang diungkapkan Shahir.

“Kenapa Farina?Abang..abang akan bertunang dengan..dengan Farina?”

Soalan yang terpacul dari mulut Adira menyebabkan Shahir berasa amat bersalah.Ah,sudah pasti berita pertunangan ini disampaikan oleh Farina walaupun dia meminta biar dia sendiri yang menyampaikan kepada Adira.Shahir memandang wajah adik tirinya.Wajah yang polos itu ternyata memohon satu pengakuan yang jujur daripadanya.Lama Shahir mendiamkan diri.Memberanikan diri memberi jawapan yang penuh kebenaran.

“Ya..abang akan bertunang dengan..dengan Farina,”

“Oh,betullah..Dira?Siapa Dira di hati abang?”

Siapa Dira di hati abang?Cuma sebaris soalan yang pendek tapi jawapannya bisa berjela-jela.Shahir menarik nafasnya.Ego lelakinya menghalangnya membuat pengakuan tapi rasa kasih yang meluap-luap itu membuatkannya hilang akal.Apa yang perlu dilafazkan harus dilafazkan.Walaupun berat,itu sahaja jalan penyelesaian.Tak sanggup dia membiarkan Adira tertanya-tanya lagi.

“Dira..Dira ialah satu-satunya perempuan yang paling abang sayang..dan paling abang cintai tapi..tapi mustahil untuk abang miliki,”Noktah.

Adira terdiam mendengar kata-kata Shahir.Ya,memang kata-kata itu ingin didengarinya dari mulut abang tirinya tapi dia tak tahu sama ada dia perlu bergembira atau bersedih dengan ungkapan itu.Disayangi tapi tak mampu dimiliki?

“Ya,abang akui..abang tak tahu sejak bila rasa sayang dan cinta tu hadir dalam hati abang tapi abang sayang Dira lebih daripada nyawa abang sendiri,”Suara Shahir terketar-ketar.Berapa kali dia menyapu wajahnya sendiri dengan tapak tangannya menahan rasa gelisah yang tak tertahan.

“Habis tu kenapa abang memilih Farina dan bukannya Dira?”

Soalan yang jujur datang dari hati yang naif dan ikhlas.Shahir tahu pengakuannya adalah satu kegilaan dan persoalan Adira menambahkan perencah kegilaan itu.

“Cinta tidak semestinya memiliki,indahnya cinta jika cinta kita memberi seribu kebahagiaan kepada orang yang kita cintai,bukankah begitu?”

“Maksud abang?”

“Abang akui abang tak suka Daus rapat dengan Dira.Tapi..”

“Abang nak suruh Dira terima Abang Daus?Atau abang cuma pentingkan diri sendiri sebab abang memilih Farina dan sebab rasa bersalah,abang meminta Dira terima Abang Daus?”

“Abang sayang Dira tapi Dira tolonglah fahami situasi realiti ini,”

“Abang gila?Bagaimana Dira nak fahami jika Dira sudah tahu yang abang juga sayang Dira seperti mana Dira sayang abang?Abang beranikan diri dan beritahu daddy,mummy dan Farina siapa pilihan abang,”Air mata yang bergenang di kelopak matanya mengalir berhamburan di pipinya.Nada suaranya cemas memikirkan cadangan Shahir yang bakal memusnahkan rasa cinta dan kasih yang sudah lama subur sejak dulu lagi.Bagaimanapun nada suara itu masih dikawal,bimbang jika didengar sehingga ke luar kamar.

“Dira..”Shahir memejamkan matanya.Setitis air jernih jatuh di atas tangannya.Air mata mahal seorang lelaki yang selama ini dibendungnya. “Apapun yang abang dah lafazkan..lupakan abang,”

“Abang..”Adira semakin sebak.

“ Jika Dira sayangkan abang,lupakan..lupakan yang abang juga pernah sayangkan Dira,”Shahir mengesat air matanya dan bingkas bangun meninggalkan Adira yang masih lagi dalam kebingungan.Begitu sahaja.Dia tidak mampu lagi memandang wajah Adira.

“Abang..abang..a..ba..”Adira cuma mampu membisik perlahan nama itu.Bisakah dia memadam nama itu dalam hatinya?Di mana dia mampu mengumpulkan kekuatan untuk melupakan cinta pertamanya?Air mata semakin menggila berhamburan di pipinya.

Shahir bergegas turun dari tangga dan mencapai kunci keretanya.Emosinya cuba dipertahankan.Dadanya naik turun menahan perasaan sebak dan pilu.Kereta Peugot itu dihidupkan.Dipandu sahaja tanpa arah tujuan sehingga meningkat 160km/jam.Memandu dan terus memandu tanpa arah tujuan.Sehingga kakinya menekan brek menyebabkan kereta itu berpusing 360 darjah dan terhenti.Bunyi hon memanjang dari sebuah trailer yang hampir melanggar keretanya tidak dipeduli.Pemandu trailer itu memakinya dalam bahasa Tamil.Langsung tak dihiraukannya.

Shahir membuka pintu kereta dan seperti orang gila dia menyepak tayar keretanya bertalu-talu.Tenaganya semakin lemah dan lembik.Dia duduk tersandar di tayar keretanya .Tidak berdaya.

“Dira..Di..Dira..abang sa..sayang..Di..Dira,”

Nama gadis itu dilafaznya lagi dan semakin lama semakin perlahan.Kedengaran cuma tangisan seorang lelaki yang tewas mempertahankan rasa cintanya.Tersedu-sedan.

******

Pagi itu suasana di rumah Datuk Maulana agak sepi.Sarapan pagi ketika itu hanya dianggotai Datuk Maulana,Datin Ainul dan bakal menantu mereka,Farina.

“Ke mana Shahir?Pagi-pagi dah hilang?”Datuk Maulana mengerut dahinya.Kehairanan.

“Oh,dia ada mesej Farina semalam,katanya dia stayback di KL.Nanti dia balik,”

“Dia dah mula kerja?”Tanya lelaki itu lagi.

“Belum,cuma mungkin dia nak tengok tender-tender yang baru sampai,”Farina cuba tersenyum manis.Walhal dia sendiri risau ke mana perginya Shahir sejak semalam.Shahir cuba memberi pesanan ringkas dia akan pulang pagi ini.

Adira baru menuruni anak tangga.Pandangannya dipandang terus ke hadapan.Menembusi dinding.Seolah-olah mencari seraut wajah yang hilang.Rambutnya disikat lurus dan wajahnya pucat dan kosong.Matanya bengkak dan hidungnya kemerah-merahan.

“Dira,makan,”Datin Ainul memanggil anak gadis kesayangannya.

“Tak nak,”Adira cuma berjalan terus ke luar.Hati Datin Ainul berasa tidak sedap hati.Masalah demi masalah yang timbul sejak kebelakangan ini mengganggu naluri keibuannya.Dia pantas bangun ingin memanggil nama anaknya namun gadis itu sudah lesap dengan basikal yang ditunggangnya.Dia memandang suaminya memohon pengertian.Datuk Maulana cuma mampu membalas dengan pandangan yang sama.Farina pula tertunduk diam di meja makan.Hatinya serba tidak kena.Walaupun dia sedikit meluat dengan sikap biadap Adira,tetapi empatinya juga berkongsi rasa dengan gadis itu.Kejam sangatkah dia?Dia mengeluh kecil,bihun goreng di pinggan itu tak dapat dihabiskan.

Adira mengayuh basikal melalui lorong yang berbukit-bukau itu.Beban yang ditanggung di dalam hatinya bagai mahu pecah.Perasaannya kacau bilau.Dia sendiri tak pasti bila masanya dia tidur semalam.Tangisan demi tangisan,akhirnya dia tertidur begitu sahaja.Dalam keadaan pilu dan sebak.Ternyata perasaan itu tak mampu dihapus sehingga ke pagi ini.Cinta memerlukan pengorbanan.Cinta tak semestinya bersama.Mungkin dia terlalu muda untuk memahami mengapa cinta tidak boleh bersatu walaupun rasanya ada.Mungkin.

Tanpa dipinta air mata itu mengalir lagi.Adira mengesat lagi air mata di pipinya.Benci Adira dengan air matanya yang mudah sahaja mengalir.Bahunya terhenjut-henjut menahan esak yang tak sudah.Tanpa diduga basikalnya terlanggar batu.Adira tidak sempat mengimbang badannya dan akhirnya terjatuh.Duduk terjelepuk dengan lututnya yang berdarah.

Seperti anak kecil,dia tidak mampu berbuat apa kecuali menangis lagi.Bukan kerana lututnya yang berdarah tetapi hatinya yang lebih parah.

“Dira..”

Seorang lelaki berbisik perlahan di telinganya.Tangisannya cuba dihentikan.Cuma masih ada esakan kecil.Adira mendongak dengan harapan suara itu milik Shahir.Dia terdiam apabila melihat Daus duduk di sebelahnya sambil tersenyum.Lelaki itu mengambil sapu tangannya,menghembus perlahan luka di lututnya sebelum mengesat dengan sapu tangannya.

Adira mengerut dahinya menahan sakit.

“Macam mana boleh jatuh ni?”Tanya Daus perlahan sambil mengangkat anak gadis yang tidak memberi sebarang tindak balas dengan kehadirannya ke arah keretanya.

“Abang Daus tahu mesti Adira hairan macam mana Abang Daus ada kat sini.Entahlah,instict atau kebetulan,Abang Daus macam alert aje.Sakit ke?”

Adira tidak menjawab.Mukanya kemerah-merahan cuba menahan tangisan.Namun apakan daya dia cuma wanita biasa.Dia menangis teresak-esak walaupun cuba ditahan.

“Eh,eh jangan menangis..sakit sikit je tu..”

“Abang..abang..nak bertunang dengan..Fa..Farina..Di..Dira sayang..a..abang..”

Daus terdiam mendengar kata-kata Adira.Dia tersenyum tawar.Rupanya ini masalah sebenar Adira.Tololnya dia kerana tidak dapat menduga apa sebenar yang berlaku di antara dua beradik tiri ini.Patutlah Shahir hampir-hampir membunuhnya ketika Adira bersembunyi di ladang kudanya.

Jika Adira menyayangi Shahir,Tuhan juga tahu betapa dia menyayangi gadis ini.

Daus berasa pilu mendengar tangisan Adira.(Jika kejora itu bisa menerangi jiwamu yang gundah,kan ku cuba petik biar dipanah halilintar.Itu janjiku..)

DIA TIDAK KECIL LAGI (BAB 9)

0

Posted by Nama Saia Ridz.. | Posted in | Posted on 10:11 PM

Tingkap kereta Peugot berwarna perak itu diturunkan.Bintang-bintang berkerlipan seiring dengan lampu-lampu yang menghiasi badan Menara Berkembar Petronas.Farina memandang wajah pemuda tampan di sebelahnya seolah-olah melepas kerinduan yang tak henti noktahnya.Perjalanan jauh dari Christchurch langsung tidak memberi lelah kepadanya.Hatinya memang berat meninggalkan Alif bersama Datin LJ di sana,tetapi dia terpaksa juga datang segera ke Malaysia untuk meleraikan perjanjian yang sudah lama dimeterai oleh Shahir kepadanya.Ya,soal peribadi selain soal bisnes mereka di cawangan syarikatnya di Malaysia.

Segalanya telah dikorbankan demi lelaki yang dicintainya ini.Bukan sahaja wang ringgit malahan hatinya juga.Betapa dia terpaksa menolak lamaran lelaki-lelaki lain yang ingin menyuntingnya menjadi suri hidup walaupun status mereka bukan calang-calang orangnya.Status bukan ukuran baginya lagi,dia cuma mahu seorang lelaki yang mampu menjaganya dan melindunginya.

Sesekali Shahir memandangnya sambil tersenyum.Senyuman manis jejaka itu dibalasnya semula dengan rasa cinta yang membara.

“Hai,you asyik senyum kat I aje,nape?Dapat loteri?”

“Habis tu?You nak I jelir lidah?”Sengaja Shahir menjelirkan lidahnya.

“Buat kelakar,lama you tak contact I,you dah ada orang baru ye?”Farina mengenyitkan matanya.Cuba menduga apa yang tersirat di dalam hati Shahir.Shahir menarik nafasnya dan melepaskan.Dia tersenyum sambil meneruskan pemanduannya.

“You jangan risau,I tak akan pernah lupa janji I,”

“Sayang sekali..,”

“Apa yang sayang sekali?”Shahir mengerutkan dahinya.Tidak mengerti.

“Sayang sekali you tak jawab soalan I,”

“Oh,ye ke?Anyway thank for the house,”Shahir pintas mengubah topik yang ingin diperbesarkan oleh Farina.

“You are welcome.Cantik?”

“Tip top.First class.Buat apalah you nak bazir-bazirkan duit demi I,”

“Alah,bukan orang lain pun,my future husband jugak,”

Shahir melemparkan senyuman kepada Farina.Entah mengapa dia sendiri rasa bersalah terhadap wanita yang banyak menabur budi kepadanya selama ini.Wajah Adira tiba-tiba muncul di benak fikirannya.Wajah yang nakal tapi polos dan naif.Seraut wajah yang hanya mengenali hitam dan putih.Hakikatnya kehidupan ini ada pelbagai warna termasuk sebusuk kelabu dan seindah merah jambu.

“Kita nak ke mana ni sayang?”

“Kita ambil adik I dan maid di Bangsar dulu,lepas tu kita ke rumah daddy I di Rawang,”

“Adik you,yes I remember..Ayang nama dia kan?”

Shahir mengangguk sebelum membelok keretanya masuk ke halaman sebuah banglo dua setengah tingkat.Hon kereta dibunyikan dua kali.Cahaya lampu keretanya menerangi hadapan rumah itu.Sebaik sahaja sliding door dibuka,seorang gadis kecil molek muncul sambil memakai jaket jeans berwarna biru tua yang lebih besar daripada saiz badannya.

“Itu ayang?”

Persoalan Farina tidak dijawab Shahir.Farina hanya melihat gadis di hadapannya berdiri dengan muka separuh mengantuk.Dia cuba memberi senyuman yang ikhlas kepada gadis itu.Tetapi senyuman itu hanya dibalas dengan wajah yang tidak senang dengan kehadirannya.

******

Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi,Datin Ainul sendiri tidak menyangka mereka akan menerima kedatangan tetamu istimewa yang datang daripada jauh.Kelam kabut dia dan Mbak Seena menyediakan juadah hatta pun untuk supper cuma.

Akhirnya dapat juga mereka menyambut kedatangan teman wanita Shahir yang selama ini hanya mereka dengar daripada omong-omongan sahaja.Datuk Maulana tidak kisahkan umur atau status gadis pilihan Shahir,cukuplah jika wanita ini bisa membahagiakan hati anak lelaki tunggalnya.Dia menerima kedatangan Farina dengan hati yang terbuka.

“Sorrylah Farina,Shahir tak mention pun Farina akan datang Malaysia hari ini..jadi,kami pun tak sedia apa yang special sangat,”Datin Ainul cuba beramah mesra ketika meletakkan hidangan di atas meja.

“It’s okay Datin,I dah mention awal,tapi may be dia busy kot,”Farina tersenyum sinis memandang Shahir di sebelahnya yang banyak tersenyum daripada bercakap.Di hujung sana,adik tiri kekasihnya duduk membisukan diri sambil memasamkan muka.Entah apa masalahnya,Farina pun tak tahu.Sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Rawang tadi dia cuba juga berbual dengan Adira,tetapi gadis itu persisnya layan tidak layan sahaja persoalannya.Bibirnya memuncung seolahnya tidak berpuas hati dengan kehadirannya.

“Dira ngantuklah,nak tidur!”Tiba-tiba Adira bersuara sambil bangun.

“Ayang,duduk,”Suara Datuk Maulana sedikit tegas ketika memberi arahan kepada anak gadisnya itu.Dia cukup tak gemar apabila Adira menunjukkan muka empat belas di hadapan tetamu.Apapun masalah peribadi sepatutnya diketepikan dan menghormati tetamu yang datang.

Adira menghempaskan punggungnya ke atas kerusi.Shahir hanya mencuri pandang melihat kelakuan Adira.Dia sendiri hakikatnya tidak selesa dengan situasi ini.

“Tak apalah,kalau Ayang mengantuk,Ayang tidurlah dulu,”Farina mengukir senyuman yang manis di bibirnya sambil memandang Adira.

“Tak apalah akak,Ayang rasa segar balik kot.Lagipun banyak soalan Ayang nak tanya akak,”Adira tersenyum sinis sambil memeluk tubuhnya sendiri.

Shahir memandang Adira dengan kerutan di dahinya.Adira tidak mempedulikan apa jenis wajah yang ingin dicorak abang tirinya,rasanya dia sudah banyak menyimpan rasa di dalam dada.Senang cerita,baik dia lepaskan sebelum dadanya sendiri meletup.

“Soalan?Okay,Ayang boleh tanya apa sahaja soalan kat akak,”

“Apa sahaja soalan?”

“Ya,apa sahaja soalan,”

Shahir mula berasa tidak sedap hati.Rasanya seperti sesuatu yang tidak enak bakal berlaku.

“Akak kahwin semasa umur berapa?”

“Semasa akak 20 tahun,”

“Arwah suami akak tua kan?”

“Ya,”

“Ayang,”Datin Ainul membulatkan matanya kepada Adira.Tidak pernah dia mengajar Adira untuk sebiadap itu.Entah apa yang merasuk anak gadisnya malam ini.Semua soalan yang dikeluarkan tidak sewajarnya dituturkan.

“Tak pe Datin,Farina yang cakap Ayang boleh soalkan apa sahaja,”Farina tersenyum memandang Datin Ainul.Dia ingin melihat apa masalah sebenar gadis kecil di hadapannya ini.Apa permainan yang ingin budak kecil ini mainkan dengannya.

“Akak serius dengan Abang Shahir?”

“Ya,”

“Kenapa dulu akak pilih suami tua dan sekarang akak pilih bakal suami muda?Dah tukar selera?”

“Dira!”

Jeritan Shahir hampir menggugurkan jantung Adira.Datuk Maulana dan Datin Ainul juga tersentak dengan jeritan Shahir.Farina di sebelahnya hanya terkesima.

Kelopak mata Adira lantas digenangi air yang jernih.Dia bingkas bangun dan berlari masuk ke dalam biliknya.Dia memang sayang akan Shahir tetapi dia juga benci apabila Shahir menengkingnya demi wanita lain.Shahir sudah menjatuhkan air mukanya dan maruahnya di hadapan orang lain.

Abang Shahir memang bodoh!Benci!Memualkan!

******

Cuaca masih gelap.Bulan pun masih ada tersenyum di angkasa.Bagaimanapun jalanraya masih dihuni banyak kenderaan,terutamanya yang keluar mencari rezeki pada awal-awal pagi.

Seawal jam 6 pagi,Adira membawa dirinya ke perhentian bas yang jaraknya 200 meter dari rumahnya.Kononnya dia hendak melarikan diri dari rumah tetapi sebenarnya dia hanya ingin menyorok di rumah Nad.Kenapalah dia bodoh sangat mudah dibuai perasaan dengan layanan mesra Shahir?Hakikatnya,abang tirinya itu tetap memilih janda kaya-raya yang banyak menanggungnya selama ini.Dia memang bodoh.Tapi abang tirinya lagi bodoh kerana tidak tahu menilai mana kaca dan permata.Bukannya bodoh tetapi dah tahap sengal dan lemau.

Bunyi enjin kereta ala kereta F1 menghentikan caci makinya terhadap Shahir.Melihat kereta R2 berwarna kuning itu,Adira sudah tahu siapa pemiliknya.Tapi hairannya buat apa di sini pada awal-awal pagi begini?

Sebaik sahaja enjin kereta dimatikan,Daus turun dari kereta lalu duduk di sebelah Adira.Diperhatikannya beg besar yang digalas gadis kecil itu.Di tangan kanannya dijinjing beg kertas yang berisi tupperware dan botol air.Daus mengerdipkan matanya berkali-kali.

“Ada camping ke?Atau nak lari dari rumah?”

“Abang Daus boleh tak jangan sibuk,”Adira menghelakan nafasnya.

“Camping?Tak mungkin,sekarang ni cuti sekolah.Lari dari rumah?”Daus membulatkan matanya lantas menarik tangan Adira.“Jom balik rumah,Abang Daus hantar,”

“Abang Daus,jangan kecohlah!”Adira melepaskan pegangan tangan Daus.“Dira tak nak balik rumah,”

“Kenapa?”Daus duduk semula di sebelah gadis itu.Tangan kanannya diteleku di bawah dagunya.Memberi sepenuh perhatian.

“Dira benci abang!”

“Okay,Dira benci Abang Shahir.Kenapa ye?”

“Abang tengking Dira depan makwe dia yang konon bagus sangat tu.Benci betul!”Adira separuh menjerit dengan matanya yang mula berair.

“Jahat betul Abang Shahir kan?Tapi mesti ada sebab Abang Shahir tengking kat Dira,kan?”

“Abang Daus sokong abang atau Dira?”

“Abang Daus neutral.Okaylah,Abang Daus tak ada hak nak masuk campur soal Dira dan keluarga,Cuma Abang Daus nak tanya,Dira nak lari ke mana ni?”

“Dira bukan nak lari,Dira nak nyorok kat rumah Nad,”

“Alahai nak nyorok rumah Nad aje?Tak villain langsung,”Sengaja Daus mengusik hati Adira yang sedang membara.

“Habis tu takkan Dira nak lari rumah betul-betul?”

“Jom ikut Abang Daus jumpa Bibah,”

“Bibah?”

“Hah,Bibah ni awek Abang Daus.Dijamin Dira takkan menyampah dengan dia macam Dira menyampah kat awek Abang Shahir yang konon bagus tu.Jom,”

Daus menarik tangan Adira dan mempersilakan gadis itu masuk ke dalam keretanya.Daus hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah Adira.Jari-jemarinya menekan SMS di dada Iphone.Nampaknya dia memerlukan bantuan seseorang untuk menyelesaikan masalah gadis remaja.

*****

Ladang kuda milik Tan Sri Ali tidaklah sebesar mana. Tapi cukuplah untuk membela 5 ekor kuda yang digunakan untuk riadah dan equestrian.Salah seekor kuda yang paling disayangi Daus ialah kuda betina berwarna putih dan diberi nama Bibah.

Bibah tidak pernah terlibat dengan mana-mana aktiviti sukan.Kuda yang baru berusia 2 tahun ini memang manja dengan Daus.Tanpa diduga bila-bila masa sahaja dia boleh menjilat pipi Daus.Selalunya Bibah agak liar untuk ditunggang oleh orang lain,tapi nampaknya Bibah mudah mesra dengan Adira.

“Comel jugak awek Abang Daus ni,macam Jessica Alba,”Gurau Adira sambil menyapu kepala Bibah.Kuda itu menghembus nafasnya kasar ke wajah Daus.Daus yang menuntun tali Bibah hanya tersenyum.

“Comel lagi Dira daripada Jessica Alba,”

Kata-kata Daus menyebabkan Adira tersipu.Adira menghela nafasnya.Menghirup udara segar pada waktu pagi.Telefon bimbitnya dimatikan.Dia tahu pasti daddy,mummy dan abang risau akan dirinya.Tapi dia sudah meminta Daus supaya menyembunyikannya sehingga petang,selepas hatinya lega barulah dia rela hati untuk pulang.

Hatinya masih panas.Masih terngiang-ngiang tengkingan Shahir di telinganya.Geram dan menyampah diperbudak-budakkan oleh abang tirinya.

Dari jauh Adira melihat seorang gadis memacu seekor kuda hitam dengan laju.Daus melambai-lambaikan tangan kepada gadis itu sebelum melepaskan pegangan tali Bibah.

“Borak-borak dengan Kak Ema,Abang Daus ada kerja sekejap.Tunggang baik-baik,”

Tanpa sempat Adira berkata apa,Daus sudah pun meninggalkannya bersama gadis yang dikenalkannya sebagai Kak Ema itu.Ema menghampirinya sambil mencapai tali Bibah.

“Pernah tunggang kuda sebelum ini?”

“Pernah.Sekali je,”

“Tak baik betul Daus ni,”Ema turun dari kudanya dan memegang kedua-dua tali kudanya dan Bibah.“Jatuh anak dara orang nanti,menjawab,”

“Err,kesian Kak Ema,saya turunlah juga,”

Ema membantu Adira turun dari Bibah.Tersengih-sengih Adira sambil mengucapkan terima kasih.Wajahnya tersipu malu.Segan beramah mesra dengan orang yang baru dikenalinya.

“Akak dengar cerita Adira nak lari dari rumah ya?”

“Uish tak adalah,Abang Daus buat cerita saja.”

“Ye ke?Ingat nak suruh lari bawa kuda tadi,”

Adira hanya tertunduk.Geram juga hatinya apabila masalahnya diceritakan Daus kepada orang lain.

“Adira malu ye?Sorry lah,sebenarnya Daus yang call akak minta temankan Adira,”

“Oh,ye ke?Akak girlfriend Abang Daus ke?”

“Kalau akak jadi girlfriend Abang Daus,terbalik ladang kudang ni,”Ema menyerahkan Bibah dan kuda hitam yang ditungganginya tadi kepada seorang pekerja lelaki berbaju serba putih.Pekerja lelaki itu tersengih-sengih memandang dua gadis cantik di hadapannya.

“Iye?Kenapa pula?”

“Kitaorang akan kahwin kalau tak ada siapa lagi kat muka bumi ni.”Ema tersenyum nakal.“Tak adalah,akak dan Abang Daus bff sahaja,”

“BFF?Mesti akak banyak tahu pasal Abang Daus kan?”

“Mestilah.Walaupun nampak cracko dan sengal macam tak cukup wayar,Abang Daus tu baik tau.Untung siapa yang Abang Daus nak,”

“Abang Daus nak siapa?”

“Adira kot,”Ema merenung tepat mata anak gadis di hadapannya.Gadis yang membikin sahabatnya sengih tak kira masa.Sekilas ikan di kolam sudah tahu jantan betinanya.Ini pula hati sahabat baiknya.

“Uish,tak de lah..saya ni SPM pun tak lepas lagi.Lainlah akak,”Wajah Adira kemerah-merahan.

“Malu ye?Ni sampai petanglah merajuk ni ye?”

“Alamak,akak punya soalan buat saya malulah,”

“Jom!”Ema memeluk bahu Adira.

“Jom pergi mana?”

“Pergi shopping!”

Daus hanya memerhati gelagat Ema dan Adira.Dia sendiri tak pasti apa yang dilakukannya betul atau salah.Tapi biarlah Adira menenangkan dirinya terlebih dahulu sebelum dia menghantar gadis itu pulang.Mujurlah Ema sudi menemani gadis itu.Segan pula jika dia seorang yang menemani Adira.Tak manis rasanya.Apapun yang bakal berlaku,risikonya,dia yang akan tanggung sendiri.

******

Loceng jam di dinding berdetik sebanyak 6 kali menunjukkan waktu sudah pukul 6 petang.Seperti yang dijanjikan Daus menghantar Adira pulang ke rumah setelah rajuknya mula reda.Dia memberanikan diri menghantar anak gadis itu ke tangan Datuk Maulana dan Datin Ainul seorang diri.Datuk Maulana dan Datin Ainul memandang tajam ke arah Adira yang hanya tertunduk membisu.Shahir berdiri di atas tangga sambil mencekak pinggangnya.Farina pula hanya terdiam di belakang Shahir.

“Saya harap Uncle dan Auntie tak marahkan Adira.Dia cuma ke stable kuda famili saya.Kawan saya Ema pun ada menemaninya di sana,”Daus cuba menerangkan situasi sebenar dan mempertahankan Adira.

“Ayang,naik atas,”Datin Ainul memberikan arahan kepada Adira.Lembut tetapi tegas.Adira tidak membantah arahan mummy nya.Dia berjalan lemah dan perlahan menuju ke arah tangga.Shahir hanya menjeling melihat gelagat Adira.(Tak habis-habis buat perangai..)

“Terima kasih Daus sebab menjaga Adira.Kami..”Belum sempat Datuk Maulana menghabiskan ayatnya,dia terhenti apabila melihat Shahir maju ke hadapan.Seisi rumah kaget apabila Shahir mencekak kolar baju Daus.

“Apa masalah kau?Kau kan boleh telefon aku!”

“Aku minta maaf tapi biarlah Adira tenangkan diri dulu.Dia bengang pun pasal kau,”Daus cuba melonggarkan pegangan Shahir tapi nampak kawan baiknya sudah dirasuk rasa amarah.

“Pasal aku?Kau jangan nak salahkan aku pulak!”

“Kau yang marahkan dia semalam.Itu yang dia merajuk,”

“Kau banyak bagi alasan la Daus!Apa-apa terjadi kepada Adira,aku cincang kau hidup-hidup!”

Mata Shahir memandang tajam ke arah Daus.Farina melihat kejadian yang berlaku di hadapannya sebagai satu muslihat yang belum berakhir.Adira yang melarikan diri apabila dimarahi abang tirinya.Shahir yang bagai naik hantu apabila Daus menyembunyikan adik tirinya.Apakah sebenarnya yang berlaku di antara abang dan adik ini?

Silangkata yang rasanya perlu dibongkarkan olehnya secepat mungkin.Rasa cemburu juga mula terdetik di hatinya.Siapa Adira di hati Shahir?

DIA TIDAK KECIL LAGI (BAB 8)

0

Posted by Nama Saia Ridz.. | Posted in | Posted on 10:09 PM

Suasana di tepi pantai Port Dicksons pada pagi sunyi seperti baru sahaja dilanggar burung garuda .Tiada ramai orang berpeleseran di situ kerana bukanlah hari minggu.Datin Ainul duduk di bawah pokok sambil ditemani Mbak Seena memerhati gelagat Shahir dan Adira yang menunggang basikal di tepi persisiran pantai.Sengaja dia ke sini menemani suaminya yang sibuk berkempen ke seluruh Malaysia.Selain itu dapat juga menenangkan fikiran.Apatah lagi cuti pertengahan sekolah sudah bermula.Boleh juga Adira melepaskan tension belajar.

Cuaca pagi itu dingin dan mencengkam sehingga ke tulang hitam.Sang suria pula baru saja menjenguk melebarkan senyuman cahayanya menerangi alam.Burung-burung camar kelihatan berterbangan tinggi sambil berbunyi riang seolah-olah meraikan hari baru yang indah.

Adira sengaja melanggar tayar belakang basikal abangnya.Mujurlah Shahir sempat megimbangi badannya.Dia sekadar tersenyum kecil sebelum berusaha mengejar Adira dan pantas menarik perlahan rambut adik tiri kesayangannya itu.

“Budak jahat!”Shahir menempelak Adira yang mengerut dahinya sambil membetulkan rambutnya.

“Jahat-jahat pun,adik kesayangan abang jugak kan?”

“Abang mana lagi ada adik lain,Dira seorang aje adik abang.Terpaksa la abang sayang.Yang busuk pun Dira,yang comel pun Dira.Semua pun boleh.”

“Bab comel terima,bab busuk..no,no,no,”Adira menggelengkan kepalanya. “Orang wangi la.Bau tak?Kita pakai The One tau?”

Adira menyuakan pergelangan tangannya ke hidung Shahir.Shahir menutup hidungnya.

“Tak bau D&G pun..bau bacing adalah!”

“Dengki la tu..,”Adira cuba menendang basikal Shahir tetapi Shahir pantas mengayuh basikalnya lebih laju ke hadapan sambil ketawa nakal.Adira cuba mengejar abang tirinya,tapi ombak yang menghempas tepian pantai itu hampir-hampir membuatkannya terjatuh.Shahir memperlahankan kayuhannya supaya Adira dapat menghampirinya.Sebaik sahaja Adira menghampirinya,senyuman manis pantas terukir di wajah jejaka kacak itu.

“Marah abang ke?Sorry ya,”

“Macam mana Dira nak marah abang?Abang kan abang kesayangan Dira,”Terserlah pipinya yang kemerah-merahan sebaik sahaja mengungkapkan kata-kata itu.Apatah lagi gadis comel itu memiliki kulit yang putih bersih.

Shahir menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Entah mengapa perasaannya sendiri rasa serba tidak kena dan Cuma mampu tersenyum sipu.

“Hemm..ingat tak abang ajar Dira kayuh basikal dulu?”

“Ingat..mesti ingat,”Adira menggosok-gosok hidungnya menahan perasaan malu yang hadir tanpa dipinta.

“Sekarang Dira dah pandai tunggang basikal sendiri,”

“Abang buat kelakar ya?Kereta pun Dira boleh bawak,tambah la basikal,”

“Dira bawak kereta?Abang boleh pandu kereta aje.Nak bawak tak larat,”

“Oh ye ke?”

“Abang tak suka Dira bawak kereta,”

“Sebab?”

“Sebab Dira tak de lesen.Abang pun hairan macam mana Daddy benarkan,”

“Sebab Daddy sayangkan Dira lebih daripada Daddy sayangkan abang,”

“Abang pula sayangkan Dira lebih daripada Daddy sayangkan Dira,”

“Betul?”

“Betul,”

Kedua-dua mata mereka saling bertautan.Tanpa sepatah ucapan terkeluar daripada bibir.Cuma mampu memandang dan seolahnya hanya kedua mereka yang memahami pandangan itu.

“Shahir!Dira!”

Jeritan seorang lelaki mematikan pandangan mata kedua-duanya.Dari jauh kelihatan Daus menunggang basikal dengan masih memakai suit Versace berwarna maroon.Walaupun memakai sepatu putih LV,kayuhannya laju menghampiri kedua adik-beradik tiri itu.

Shahir hanya tersenyum sambil melambai-lambai tangannya kepada Daus.Adira turut melambai-lambaikan tangannya.

“Tebaboom!”Brake tangan yang dilakukan secara mengejut membikin basikal yang ditunggangnya ternaik di bahagian tayar belakang.

“Macam mana kau tau kitaorang kat sini?”Shahir bertanya sambil tersengih.

“Aik,biasalah.Mana ada adik kau,mesti aku tau.Dira dah sihat?Ada rasa nak pengsan lagi?”

“Dira okay je Abang Daus.Sihat sangat-sangat,”

“Sedap dengar Dira panggil Abang Daus.Abang saja tak boleh?”

“Gatallah kau,”Shahir menyiku lengan Daus.Daus hanya ketawa kecil sambil melonggarkan tali leher yang dipakainya.

“Tak pe panggil Abang Daus pun dah okay kan?”Adira cuba menyenangkan hati Daus.

“Tak okay lah.Kenapa tak panggil abang saja macam Dira panggil kat Shahir?”

Shahir memandang ke arah Adira.Adik tirinya hanya tersenyum manis mendengar soalan sahabat baiknya.

“Sebab..sebab..sebab hanya abang saja yang boleh Dira panggil abang,”

“Rasanya ada peluang tak Abang Daus pun dipanggil abang saja?”Sengaja Daus menduga lagi hati gadis yang berada di hadapannya.

“Itu..biar masa dan Yang Atas menentukan,”

“Abang Daus dengar macam ada peluang saja,”Daus melirik nakal sambil ketawa kecil.Shahir yang berada di sebelahnya hanya tersenyum.

“Suatu hari nanti.Mana tahu kan?”Adira menjungkit bahunya sambil tersenyum manja.

“Hemm,Dira nampak tak pokok kelapa yang paling tinggi di hujung sana?”Daus menuding ibu jarinya jauh di hadapan.Matanya dikecilkan.

“A’ah,Dira nampak.Kenapa?”

“Sebab..,”Daus menaiki semula basikal berwarna merah dan putih itu.Gayanya seperti hendak berlumba. “Sebab kalau Abang Daus sampai dulu,lagi 3 tahun,Dira kena kahwin dengan Abang Daus.Cepat!”

“Takut!”Jerit Adira sambil terkocoh-kocoh mengejar basikal Daus yang sudah maju ke hadapan.Terkeluar sifat nakalnya yang cuba menendang basikal Daus.Tawa Daus memecah keheningan pantai pada pagi itu.

Shahir masih lagi berdiri di situ dengan wajahnya yang terukir senyuman.

Ku ingin berlari kepadamu..tapi kau semakin jauh dariku..ku tak fahami apa maksudmu..kau ada aku tapi bukan hatiku..

******

Dengan diiringi muzik Bad Romance daripada Lady Gaga,pentas runway di Hard Rock Cafe dihangatkan dengan model-model tinggi lampai yang memperagakan rekaan fesyen daripada pereka fesyen muda yang mula meniti nama di New York,Milan,Paris dan Tokyo.Tidak lama kemudian seorang gadis muda yang cantik dan elegant muncul di tengah pentas sambil diiringi model-model tadi dan meberikan ciuman dan lambaian dari jauh.Tepukan gemuruh berserta flash kamera bertalu-talu bercahaya ke arahnya.Menyambut kedatangan anak Malaysia yang terlebih dahulu mencipta nama di luar negara dalam bidang rekaan fesyen.

Rambutnya yang panjang melepasi bahu membuatkan sedikit mirip dengan pelakon Jepun,Inoue Mao.Dengan jaket dan skirt kulit ciptaannya sendiri,gadis cantik tadi turun ke bawah sambil bersalam-salaman dengan tetamu VVIP yang hadir.Wajahnya tak lekang dengan senyuman dan jauh daripada gelaran sombong walaupun statusnya bisa membenarkannya untuk jual mahal.

“Cantik kasut you,kasut Datuk Jimmy Choo?”Suara seorang lelaki yang menegurnya dari arah belakang menarik perhatian gadis itu.

“Mestilah.Bukan macam you yang tak pakai kasut buatan orang Malaysia,”

“Sempat perli I?You masih ingat I?”

“Mana boleh I lupa budak lelaki yang suka cium pipi I masa kecik-kecik dulu.Sudah tentu Ema masih ingat Daus,”

“Alamak,malunya!Okay,welcome home,my dear friend..Ema,”

Daus menghulurkan sejambak bunga mawar putih kepada Ema.Ema menyambut jambangan bunga itu dengan senyuman manis di pipinya.

Daus menarik tangan Ema untuk membawanya ke meja belakang.

“Sorry lady and gentleman,I nak pinjam kawan lama I sekejap,”Daus mengangkat tangannya cuba memohon maaf kepada tetamu yang hadir.

Daus menarik kerusi dan mempersilakan Ema duduk sebelum dia sendiri turut duduk berhadapan gadis itu.

“I dapat tahu you balik,I terpaksa rush guna helikopter syarikat,”

“Aik,you kat mana sebelum ini?Kutub Utara?”Sindir Ema.

“I kat Negeri Sembilan lah.You ingat I penguin ke?Tadi I pergi kacau kawan kejap,”

“Mengadalah you,Negeri Sembilan naik helikopter.Kacau kawan ke,kacau awek?Hem?”Ema mengenyit matanya.Nakal.

“Itu..bab itu..nanti I cerita lain kat you..hehe..”

“Ouch..I think someone is falling in love,right?”

“Apa ni?You asyik cerita pasal I je.You macam mana?Last time kita jumpa masa I nak futher study kat New Zealand kan?Pas tu kita memanjang YM je macam robot,”

“Kenapa ni Daus?You rindu kat I ye?”

“Babe,kita kongsi masalah daripada A sampai Z.Walaupun you bukan girlfriend I,tapi you satu-satunya kawan yang memahami I..you kenal I sejak zaman kita pakai lampin.Ema,sudah tentu you mempunyai tempat yang special dalam hati I,”Daus mebuka kot Versace yang dipakainya sambil tangan kanannya menepuk dadanya.

Ema hanya ketawa kecil mendengar kata-kata Daus.Sudah pasti dia juga merindui teman lamanya itu.Satu ikatan persahabatan yang wujud di atas ikatan persahabatan ibu bapa mereka.Jika Daus suka mencium pipinya yang tembam semasa tadika,dari pihaknya pula dia suka memijak kasut Daus yang sentiasa putih bersih.Mereka rapat sehingga masuk sekolah menengah.Jika ada lelaki yang mempermainkan hatinya,Daus yang akan memujuknya dan akan bertumbuk dengan bekas teman lelakinya.Jika Daus pula dilukai,dia yang akan bersemuka dengan bekas kekasih Daus dan memberi leteran sebaik mungkin.Kadang-kadang boleh membawa kepada adegan tarik-menarik rambut.

Begitulah uniknya persahabatan mereka.Ema memang merindui saat-saat yang penuh kegilaan itu.Secara zahirnya,mereka terpisah apabila dia melanjutkan pelajaran dalam rekaan fesyen di New York dan Daus melanjutkan pelajarannya dalam bidang perniagaaan di New Zealand.Secara alam maya mereka masih berhubung tetapi sudah tentu tidak serapat dahulu.

Kini mereka bertemu semula.Ema sendiri tak pasti apakah mereka masih mampu segila-gila dulu atau bakal berlaku sesuatu yang tak dijangka dalam persahabatan mereka.

Segalanya masih kabur dan sukar untuk dijangka.

*****

Kebanyakkan pelajar Tingkatan 5 yang menghadiri kelas tambahan pada masa cuti sekolah sudah pulang sebaik sahaja selesai kelas.Bagaimanapun masih kelihatan kelibat 3 gadis duduk di atas bangku kantin sambil masing-masing menyelak buku dan nota.Tetapi jejaka yang menemani mereka kelihatan terangguk-angguk menahan mengantuk.

“Iwan,kau tidur kenapa?Nanti kita putus sudah!”

Jeritan Anum mengejutkan Iwan yang hampir bermimpi berjumpa Maya Karin.Iwan menyapu-nyapu mukanya yang masih mamai.Adira dan Nad yang berada di hadapan mereka hanya mampu ketawa kecil.

“Kau ni asyik ugut putus..putus..karang aku putus betul baru tau..,”bebel Iwan perlahan.Anum mencubit lengan jejaka di sebelahnya.

“Korang ni nak buat study group ke nak bercengkerama di bawah bulan purnama?”Soal Nad sambil memandang kedua-duanya.Ada bunga-bunga cemburu sedikit di wajahnya yang cuba tersenyum.

“Aku tak berapa suka study group ni Nad,aku lebih suka main futsal.Semalam aku tak puas hati betul group kau menang.Malulah kalah dengan perempuan,”

“Kalau kau nak main futsal tiap-tiap malam,kau kenalah study.Kalau kau nak aku bagi kau menang,kau mesti dapat result semua A,”

“Kau ingat aku ni Sheikh Muzaffar ke nak score semua A.Kau nak suruh aku jadi angkasawan dan kau jadi angkasawati?”

“Apa kebenda yang kau merepek ni Iwan?Aku hempuk juga dengan Kamus Dewan yang setebal kulit gajah ni kang,”

Anum sekadar memerhati pergaduhan kecil antara Nad dan Iwan.Nampak macam pergaduhan suami isteri pulak,sakit hati pula dia memandangnya.Adira yang khusyuk menyiapkan eseinya tidak mempedulikan suasana bising di sekelilingnya.

Bunyi mesej di telefon Blackberry Curve mengejutkan kosentrasinya.


Dah abis study group?Abang ada kat luar sekolah.Mbak Seena pun ada.Kita nak pergi satu tempat nih.


Adira pantas menyimpan buku nota dan pensil case ke dalam sling bag Power Puff Girls berwarna merah jambu.

“Korang sambunglah..aku balik dulu,”

Terkebil-kebil mata Nad melihat Adira tergopoh-gapah meninggalkannya bersama Iwan dan Anum.

Adira berlari sepantas atlit larian 100 meter menuju ke pagar sekolah.Hatinya berasa senang melihat Shahir menunggunya di hadapan kereta Peugot berwarna silver.Di bahagian belakang Mbak Seena tersengih-sengih sambil melambaikan tangan.

“Hemm..kita nak pergi mana,abang?”Adira melepaskan lelahnya yang penat memecut seperti tak cukup tanah.

“Kesian..sampai berpeluh adik abang.Kita pergi KL,”Shahir mengambil sling bag daripada Adira dan masuk ke dalam kereta.

“Buat apa tiba-tiba pergi KL?”

“Tengok rumah baru abang,”

“Rumah baru abang?Abang nak stay kat Malaysia Ke?Tapi nape KL?Nape tak kat sini aje?”

Jawapan Adira tidak dijawab Shahir.Sebaliknya dia cuma meminta Adira masuk ke dalam kereta.

******

Datin Linda menandatangani dokumen perjanjian yang melibatkan aset dan saham di cawangan syarikat architecture Megah Jaya Company di Malaysia.Farina yang berada di hadapannya turut menandatangani perjanjian baru itu.

“Farina,you sure dengan apa yang you buat?”

“Teramat-amat pasti,kenapa?”

“50 peratus daripada saham you,you berikan pada Shahir,I can’t say anymore,”

“I trust him,sebab tu I bagi dia pegang pengarah urusan di sana,”

“As a friend,your best friend,your partner..darling,just beware.I tak cakap Shahir tak baik.He’s really a good gentleman.Tapi I risau you,”

“LJ..doakan yang terbaik untuk I dan Shahir okay?”

Datin Linda Jasmine memandang sayu ke arah Farina.Perlahan-lahan dia mengangguk.Cuba memahami gejolak di hati wanita yang tabah di hadapannya.Cuba mengerti kasih sayang wanita itu terhadap lelaki yang bertakhta di hatinya.

Secara peribadi,dia kagum dengan ketabahan Farina menghadapi tohmahan dan kata-kata nista sesetengah masyarakat.Dalam pada masa yang sama,dia juga tidak begitu menyokong tindakan sahabatnya menaikkan posisi Shahir dalam syarikat daripada Pembantu Peribadi kepada Pengarah Urusan.Mulut orang pasti tidak akan berhenti daripada mengata yang negatif.Kerana yang buruk itu lebih seronok dibincangkan walaupun hakikatnya diri sendiri tidak sempurna mana.

******

Melewati lereng bukit kawasan Bangsar yang dikenali sebagai Beverly Hills Malaysia membuatkan mata Shahir sedikit segar.Di sebelahnya,Adira sudah pun terlelap.Di belakangnya pula Mbak Seena tidak habis-habis menyanyikan lagu ‘Mencari Jodoh’ sampai rasanya Shahir sendiri boleh menghafal lirik lagu tersebut.

Sampai di sebuah banglo mewah dua setengah tingkat,Shahir menggerakkan Adira dan masuk ke dalam rumah itu.Adira mengeliat malas sebelum melangkah longlai masuk ke dalam rumah itu.Mbak Seena menuruti langkahnya di belakang.

“Wah,cantik gila rumah ni!Sayang gila girlfriend abang kat abang,”Adira menaikkan anak matanya ke atas.Persis menyindir.

“Bukan dia bagi la,ini pemberian syarikat sebab abang naik pangkat.Jom,kita mula mencuci!”Shahir menepuk bahu Adira sambil memberikannya mop.

“Abang ni membulilah,”Adira masih membebel.Tak puas hati.

“Jom,jom abang tolong,”Shahir mengambil mop yang lain sambil tangan kirinya memegang baldi berisi air.Mbak Seena sudah pun mula mencuci bahagian tingkat atas.

Di tingkat bawah,Shahir dan Adira bekerjasama mencuci lantai.Sesekali datang angin merapu,kedua-dua mereka menjadikan batang kayu mop itu sebagai pedang dan berlawan ala-ala Star Wars.Pada saat lain berterbangan buih daripada pencuci lantai jatuh ke atas hidung Adira.Shahir hanya ketawa kecil sambil mengesat dengan hujung jari kelingkingnya.Penat mencuci lantai,mereka mencuci pula tingkap dan menyusun sofa mengikut citarasa Adira.Mbak Seena yang sememangnya proffesional bab cuci-mencuci bisa mengemaskan seorang diri satu setengah tingkat tanpa bantuan sesiapa.

Shahir duduk tersandar di atas sofa.Terjelepuk keletihan.Adira juga menghempaskan badannya di sebelah abangnya.

“Terima kasih sebab tolong abang,”

“Bukan tolong,kena buli,”

“Eh,jangan macam tu..macam jahat sangat abang,”

“Abang tak jahatlah..abang baik,”Adira menguap sambil tangan kanannya menutup mulut.Tuhan sahaja yang tahu betapa mengantuknya dia pada saat itu.

“Wah,bangganya!”

“Abang..baik sangat..”Mata Adira sudah hampir terpejam.

Perlahan-lahan kepalanya jatuh ke atas bahu Shahir.Terlelap dengan bunyi dengkuran kecil kerana keletihan.Shahir terdiam seketika.Dia menarik nafasnya dalam-dalam.Shahir menahan lembut kepala Adira sambil meletakkan ke atas kusyen kecil sebagai ganti bahunya.

Jaket jeans Edwin yang dipakainya,ditanggal dan digunakan untuk menyelimuti Adira yang sudah nyenyak tidur dibuai mimpi indah.Shahir ingin menyentuh seraut wajah manis di hadapannya.Tapi tangannya membeku dan kaku di udara.Dia mengeluh kecil sebelum membawa dirinya keluar ke halaman rumah.Membawa sekeping hatinya yang hanya dia sendiri tahu betapa hebatnya rasa mengingkari rasa itu.Sedangkan ia ada.

Laguku mengubat hati..bersama alunan muzik ku sendiri..biarkan saja ia pergi..mebawa seribu pertanyaanku di hati..



(KREDIT LIRIK:LAGU 'BUKAN HATIKU'(MAULANA DAN AIN)